Menang percutian ke PD, Fauzi mahu sambut hari jadi rakan baik


  • Bizz
  • Isnin, 16 Okt 2023

Muhammad Fauzi, salah seorang pemenang bertuah Kempen Langgan dan Menang Majoriti minggu ketujuh.

REZEKI tidak salah alamat, Muhammad Fauzi Ismail, 36, bersyukur diberi peluang menjadi salah seorang pemenang mingguan bertuah kempen Langgan dan Menang Majoriti.

Fauzi yang memenangi hadiah percutian ke Lexis Port Dickson, Negeri Sembilan selama dua hari satu malam di Executive Water Chalet, termasuk sarapan untuk dua orang itu juga sempat berkongsi rancangannya kelak.

"Saya rancang mahu pergi bersama rakan kerana mahu menyambut ulang tahun kelahirannya di sana nanti," katanya.

Fauzi yang merupakan seorang pengurus perkhidmatan pelanggan di Ikea Cheras, Kuala Lumpur juga sempat menyatakan hasratnya yang tidak mahu terlepas daripada memenangi hadiah utama.

Katanya, walaupun sudah memiliki sebuah rumah namun jika diberi peluang, dia juga mahukan hadiah utama berupa kondominium LEA by the Hills di Taman Melawati supaya mudah untuk pergi ke tempat kerja.

msg1050426791-17594

Fauzi yang merupakan pemenang minggu ketujuh kempen Langgan dan Menang Majoriti.

"Sebenarnya saya baru dapat rumah pertama tetapi memang sangat jauh dari Kuala Lumpur.

"Apabila saya tahu yang kondo tersebut terletak sangat dekat dengan tempat kerja jadi saya rasa alangkah bagusnya jika saya menang hadiah itu.

"Tetapi, selain kondo, saya juga idamkan tiket percutian ke Taiwan kerana teringin juga ingin ke negara itu," katanya kepada Majoriti.

Ketika ditanya tentang siapa yang akan dibawanya jika memenangi tiket percutian tersebut, Fauzi menyatakan hasratnya yang ingin pergi bercuti bersama temannya.

Selain itu, Fauzi yang juga antara pembaca dan pengikut tegar Majoriti merasakan bahawa harga yang ditawarkan untuk menyertai kempen ini.

"Bagi saya RM30 itu memang sangat berbaloi untuk setahun di samping boleh memenangi pelbagai hadiah mingguan dan hadiah utama yang menarik," tambahnya.

Bukan itu sahaja, Fauzi juga tidak menafikan bahawa harga asal langganan Majoriti juga sangat berbaloi baginya kerana para pembaca dapat menerima pelbagai manfaat daripada berita dan informasi yang diterbitkan.

Antara hadiah lumayan bakal dibawa pulang meliputi hadiah utama adalah sebuah kondominium LEA by the Hills di Taman Melawati, Selangor tajaan OSK Property Holdings Bhd (OSK Property) bernilai RM602,800; baucar e-hadiah Aeon Co (M) Bhd (Aeon) mencecah RM50,000; Kerusi urut OGAWA VPresto bernilai RM39,998 dan baucar makanan serta minuman eksklusif.

Pembaca portal ini juga berpeluang memenangi hadiah ditawarkan apabila mereka menyertai kempen ulang tahun kali ini dengan melakukan langganan eksklusif tahunan bernilai hanya RM30 bermula dari 17 Ogos hingga 20 Disember 2023. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram