PEMENANG mingguan bertuah, Salwati Juhar, 37, tidak dapat menyembunyikan rasa gembiranya apabila terpilih sebagai pemenang minggu keenam Kempen Langgan dan Menang Majoriti.
Salwati merupakan pemenang hadiah jam tangan Braun Buffel selepas melanggan portal Majoriti hanya dengan membayar RM30 setahun.
"Terima kasih Majoriti sebab pilih saya, rasa terkejut bila dapat tahu menang hadiah jam tangan, saja cuba-cuba," katanya.
Salwati Juhar merupakan pemenang bagi hadiah jam tangan Braun Buffel.
Salwati yang bekerja sebagai kerani, turut meluahkan hasrat untuk memenangi hadiah utama Kempen Langgan dan Menang Majoriti yang berupa kondominium LEA by the Hills.
"Mestilah mahu menang kondo, memang terpikat untuk sertai peraduan ini bila ternampak hadiah utama.
"Kalau tidak menang kondo sekali pun, dapat tiket percutian ke Taiwan pun, Alhamdulillah," katanya.
Mengulas lanjut, dia memang sudah lama teringin melancong ke luar negara dan hadiah tiket percutian ke Taiwan bernilai RM10,000 untuk dua orang itu juga menjadi sasarannya.
"Saya mahu menang percutian ini kerana ingin mengenali budaya negara luar, lagipun saya tidak pernah pergi lagi ke Taiwan.
"Kalau diberi rezeki menang hadiah ini, dapatlah saya teroka keunikan negara itu," katanya.
Bercakap soal itu, Salwati turut berkata, tiket itu sangat berbaloi untuk direbut kerana pemenang akan peroleh dua tiket sekali gus.
"Kalau terpilih, dapatlah saya bawa suami saya, ataupun keluarga saya yang lain untuk melancong bersama-sama," katanya.
Sebagai pelanggan portal Majoriti sejak Oktober, Salwati kini gemar untuk mengetahui isu semasa yang dikeluarkan dalam portal.
"Saya suka baca berita semasa yang disiarkan, kadang-kadang berita tular," katanya.
Kempen Langgan dan Menang Majoriti yang diadakan sempena ulang tahun kedua Majoriti menawarkan pelbagai hadiah menarik buat pembaca dengan nilai keseluruhan berjumlah RM5 juta.
Antara hadiah lumayan ditawarkan termasuk sebuah kondominium LEA by the Hills di Taman Melawati, Selangor tajaan OSK Property Holdings Bhd (OSK Property) bernilai RM602,800; baucar e-hadiah AEON Co (M) Bhd (AEON) mencecah RM50,000; kerusi urut OGAWA VPresto bernilai RM39,998 dan baucar makanan serta minuman eksklusif. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram