Menang percutian ke Lexis PD, staf hospital swasta rancang melancong sempena hari lahir anak


  • Bizz
  • Jumaat, 20 Okt 2023

Hafidz Ariff, pemenang mingguan bertuah kempen Langgan dan Menang Majoriti.

PERTAMA kali mencuba nasib, Hafidz Ariff Khairuddin, 33, teruja apabila diumumkan sebagai pemenang bertuah kempen Langgan dan Menang Majoriti minggu ketujuh.

Pemenang mingguan itu meluahkan rasa syukurnya dan terkejut akan memenangi hadiah yang bernilai besar kerana tidak pernah menyertai sebarang perpaduan atau kempen.

Hafidz yang merupakan staf di Pusat Perubatan KMI Kuala Terengganu, Terengganu sempat berkongsi perasaan gembiranya memenangi hadiah percutian ke Lexis Port Dickson, Negeri Sembilan di Premium Tower Room termasuk sarapan untuk dua orang.

msg1050426791-17708

Hafidz Ariff, pemenang minggu ketujuh bersama keluarga tersayang.

Katanya, ahli keluarga menjadi keutamaan dalam rancangan untuk pergi meluangkan masa bersama bercuti di Port Dickson itu.

"Saya rancang memang nak pergi ke PD bersama isteri dan anak-anak atau bersama ibu bapa saya.

"Kalau daripada segi tarikh pula, kebetulan pertengahan November nanti merupakan hari ulang tahun anak saya, jadi mungkin saya rancang nak pergi pada bulan tersebut itu juga," katanya kepada Majoriti.

Menyentuh pula tentang hadiah utama, menurut Hafidz, baucar AEON bernilai RM25,000 merupakan antara hadiah yang ingin dimenanginya jika diberi peluang.

"Kalau saya semestinya baucar AEON kerana boleh gunakannya untuk beli barang keperluan keluarga," katanya.

Ketika ditanya tentang hadiah sebuah kondo pula, Hafidz berkata, ia bukanlah sasarannya kerana sudah mempunyai sebuah kediaman dan memilih menetap di Gong Badak bersama keluarga.

Namun, dia juga tidak menolak jika memenangi hadiah utama tersebut dan merancang mahu menjadikannya sebagai aset tambahan.

Bukan itu sahaja, bapa kepada dua orang anak itu juga sempat menyuarakan pendapatnya tentang kempen ini.

"Bagi saya kempen ini sangat berbaloi untuk kita sertai dan dengan langgan RM30 sahaja sudah boleh dapat pelbagai hadiah menarik seperti baucar Starbucks dan Restoran Chef Wan serta merta," tambahnya.

Antara hadiah lumayan bakal dibawa pulang meliputi hadiah utama adalah sebuah kondominium LEA by the Hills di Taman Melawati, Selangor tajaan OSK Property Holdings Bhd (OSK Property) bernilai RM602,800; baucar e-hadiah AEON Co (M) Bhd (AEON) mencecah RM50,000; kerusi urut OGAWA VPresto bernilai RM39,998 dan baucar makanan serta minuman eksklusif.

Kempen Langgan dan Menang Majoriti yang diadakan sempena ulang tahun kedua Majoriti menawarkan pelbagai hadiah menarik buat pembaca dengan nilai keseluruhan berjumlah RM5 juta. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram