Pemenang mingguan pasang niat bantu orang memerlukan jika menang baucar AEON


  • Bizz
  • Ahad, 15 Okt 2023

Hendra yang memenangi hadiah minyak wangi Carolina Herrera Bad Boy EDT 50 ml.

PRIHATIN dengan nasib golongan yang kurang bernasib baik, Muhammad Hendra Sharzizi Ramli, 40 idamkan baucar AEON RM25K sebagai hadiah utama kempen Langgan dan Menang Majoriti.

Menurut pemenang minggu keenam yang juga merupakan salah seorang pengendali kereta api di Makkah, Arab Saudi, dia mahu berkongsi rezekinya itu bersama orang yang lebih memerlukan.

"Sekarang pun tengah hangat isu tentang kenaikan harga barang dan saya kalau boleh nak menang baucar AEON bukan untuk keluarga saya sahaja.

"Hadiah itu juga boleh saya gunakan untuk membantu sesiapa yang memerlukan juga," katanya kepada Majoriti.

msg1050426791-17532

Hendra antara pemenang mingguan bertuah kempen Langgan dan Menang.

Bukan itu sahaja, bapa kepada empat cahaya mata itu juga merupakan pengikut rapat Majoriti sekali gus menjadikannya tertarik untuk menyertai kempen ini.

"Memandangkan saya memang selalu juga baca dan kempen ini pun hanya RM30, bagi saya tidak rugi.

"Jika harga asal RM90 itu pun masih lagi berbaloi, apatah lagi yang harganya RM30 sahaja kerana portal ini memang selari dengan peredaran zaman sekarang," tambahnya.

Katanya, Majoriti juga mempunyai keistimewaan dan kemampuan dalam memberi maklumat yang pantas dan terkini daripada portal lain.

Antara hadiah lumayan bakal dibawa pulang meliputi hadiah utama adalah sebuah kondominium LEA by the Hills di Taman Melawati, Selangor tajaan OSK Property Holdings Bhd (OSK Property) bernilai RM602,800; baucar e-hadiah AEON Co (M) Bhd (AEON) mencecah RM50,000; kerusi urut OGAWA VPresto bernilai RM39,998 dan baucar makanan serta minuman eksklusif.

Kempen Langgan dan Menang Majoriti yang diadakan sempena ulang tahun kedua Majoriti menawarkan pelbagai hadiah menarik buat pembaca dengan nilai keseluruhan berjumlah RM5 juta. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram