BERSEMPENA sambutan ulang tahun penubuhannya yang ke-11, pasar raya terkemuka negara, AEON BiG menganjurkan kempen peraduan "Shop More Win More" dengan hadiah cukup lumayan.
Menerusi kerjasama dan penajaan daripada pengeluar kereta nasional pertama di Malaysia, tiga hadiah utama yang disediakan untuk dimenangi adalah satu unit model Proton X50 Flagship dan dua Proton Saga Premium.
Untuk menyertainya, pelanggaan hanya perlu berbelanja minimum RM111 pada satu resit di pasar raya AEON BiG.
Sebarang pembelian produk penaja turut akan melayakkan setiap pelanggan mendapat penyertaan berganda, manakala mereka yang berbelanja sehingga RM333 pula bakal menggandakan peluang mereka sehingga enam penyertaan.
Selain Proton yang juga penaja tiga hadiah utama, rakan perniagaan lain yang turut terlibat dalam meraikan kempen ulang tahun AEON BiG adalah Gold Sponsors-Nestle Products Sdn Bhd, Felda Global Ventures, Mamee Double Decker dan Tyson Malaysia.
Peluang untuk memenangi hadiah ini bermula dari 19 Oktober 2023 sehingga 18 November 2023.
Dalam pada itu, sambutan ulang tahun ke-11 AEON BiG pada 1 November depan dimulakan dengan satu pelancaran besar-besaran di cawangan AEON BiG Wangsa Maju pada Selasa.
Sheikh Farouk ketika berucap pada majlis sambutan ulang tahun ke-11 AEON BiG di cawangan AEON BiG Wangsa Maju pada Selasa.
Majlis tersebut turut diserikan dengan diserikan dengan kehadiran Timbalan Menteri Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Fuziah Salleh.
Turut memeriahkan lagi acara tersebut ialah Duta Tyson Malaysia, Chef Anis Nabilah yang mengadakan demonstrasi memasak resipi Tyson Chicken Karaage with Dips – Salted Egg Butter Sauce dan Sesame serta Yuzu Dressing.
Pengarah Urusan AEON BiG, Sheikh Farouk Sheikh Mohamed berkata, sambutan ulang tahun itu merupakan satu peristiwa penting untuk menyatakan penghargaan kepada pelanggan, rakan-rakan perniagaan dan kakitangan yang kekal sebagai penyokong setia selama lebih sedekad.
“Kami amat berbesar hati untuk meraikan 11 tahun yang indah bersama-sama dengan pelanggan dan rakan-rakan perniagaan kami.
"Sebagai sebahagian daripada sambutan ulang tahun ini, kami mempunyai pelbagai hadiah menarik untuk dimenangi dalam peraduan Belanja Lebih Menang Lebih yang diharapkan akan mendatangkan kegembiraan dan hebahan di pasaran.
"Yang paling penting, kami ingin menghargai pelanggan kami yang setia bersama kami selama ini,” ujarnya.
Menerusi kempen ulang tahun kali ini, AEON BiG turut menawarkan diskaun sehingga 50 peratus ke atas produk terpilih sepanjang manakala pelanggan juga boleh menikmati ganjaran setiap minggu dengan AEON BiG Gift Card bernilai RM100 untuk pemenang bertuah.
Untuk maklumat lanjut mengenai peraduan AEON BiG 11th Anniversary Shop More Win More, sila layari https://aeonbig.com.my/11thanniversary/ atau hubungi Talian Khidmat Pelanggan AEON BiG di 1300-80-2366. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram