'Tolong jangan aniaya kami,' dah tampal 'sticker' OKU pun kena 'clamp' juga


  • Tular
  • Ahad, 22 Okt 2023

Ruang parkir OKU disediakan khusus untuk memudahkan urusan golongan berkenaan meletakkan kenderaan di kawasan tertentu. — Gambar hiasan

SEORANG pengunjung di sebuah pusat beli-belah meluahkan kekecewaannya setelah mendapati kenderaan yang diparkir di ruang khas orang kelainan upaya (OKU) dikunci oleh pihak pengurusan meskipun sudah mempamerkan pelekat OKU pada keretanya.

Luahan tersebut dikongsikan pengguna akaun bernama Faizal Mohd Ramli menerusi laman Facebook Rakan OKU Malaysia pada Sabtu.

Dia akhirnya terpaksa menunggu selama satu jam sebelum kakitangan pusat beli-belah itu membuka kunci berkenaan.

Namun agak menyedihkan apabila wakil pusat itu tidak mengaku tindakan itu dibuat oleh kakitangannya.

"Saya OKU fizikal, kereta saya ada logo OKU, siap pamer kad OKU (lagi) lagi, tapi kena clamp juga.

"Saya pun tanya balik ini mesti kerja hantu kan?" katanya.

WhatsApp Image 2023-10-22 at 11.29.00

Pengunjung berkenaan kecewa apabila mendapati keretanya tetap dikunci walaupun sudah mempamerkan pelekat OKU.

Individu itu turut berpesan kepada pihak pusat beli-belah yang terletak di ibu kota itu agar memberi layanan yang baik kepada semua pelanggannya tanpa mengira taraf dan kedudukan serta status fizikal mereka.

"Tolong jangan menganiayai orang sebab kami pun bayar yuran parkir. Bukan percuma tau.

"Jangan suka-suka clamp kereta orang merata-rata. Pantau clamp tu, guna bila perlu sahaja," katanya.

Untuk rekod, Majoriti sedang berusaha untuk mendapatkan maklum balas daripada pihak pengurusan pusat beli belah berkenaan. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram