Penolong akauntan mahu belanja sakan di AEON


  • Bizz
  • Isnin, 16 Okt 2023

Ain Ismail bersama keluarga tercinta berasa terharu memenangi minyak wangi Nina Ricci Nina Rouge EDT 80 ml.

PEMENANG minggu keenam, Nurul Ain Ismail, 37, mengimpikan untuk meraih hadiah utama berupa e-Gift baucar beli-belah AEON bernilai RM25,000 selepas berjaya diumumkan sebagai pemenang mingguan kempen Langgan dan Menang Majoriti.

Ain Ismail yang merupakan penolong akauntan membawa pulang hadiah mingguan berupa minyak wangi berjenama Nina Ricci Nina Rouge EDT 80 ml.

Dia yang berjaya menjadi pemenang bagi minggu keenam meluahkan rasa gembira selepas mendapat tahu dia masih berpeluang untuk merebut empat hadiah utama dengan salah satunya ialah baucar AEON.

Ain berkata, dia ingin merebut baucar AEON yang bernilai tinggi itu agar dia dapat membeli pelbagai jenis barangan dengan sepuas-puasnya di AEON.

"Sebagai seorang wanita, sememangnya tidak lari daripada tabiat suka membeli-belah.

"Malah, terdapat pelbagai barangan meliputi pelbagai aspek yang tersedia di AEON, jadi siapa sahaja yang tidak mahu rebut baucar bernilai RM25,000 itu," katanya kepada Majoriti.

WhatsApp Image 2023-10-10 at 11.43.23 AM

Ain turut berkongsi cerita kepada keluarga tercintanya mengenai kemenangan dalam Kempen Langgan dan Menang Majoriti.

Pada masa yang sama, Ain turut berkongsikan cerita mengenai peraduan ini untuk turut disertai rakan dan keluarganya.

"Semestinya saya memberitahu orang lain juga kerana saya berasa seronok dapat menyertai peraduan seperti ini," katanya.

Sebagai pembaca portal Majoriti, Ain turut memuji portal ini mudah difahami dan melaporkan sesuatu isu yang terjadi dengan pantas.

"Saya turut berasa bahawa portal ini memberi maklumat yang baik dan teratur," katanya.

Kempen Langgan dan Menang Majoriti yang diadakan sempena ulang tahun kedua Majoriti menawarkan pelbagai hadiah menarik buat pembaca dengan nilai keseluruhan berjumlah RM5 juta.

Antara hadiah lumayan bakal dibawa pulang meliputi hadiah utama adalah sebuah kondominium LEA by the Hills di Taman Melawati, Selangor tajaan OSK Property Holdings Bhd (OSK Property) bernilai RM602,800; baucar e-hadiah AEON Co (M) Bhd (AEON) mencecah RM50,000; kerusi urut OGAWA VPresto bernilai RM39,998 dan baucar makanan serta minuman eksklusif. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram