Nak tunai impian bawa ibu melancong, pelajar kolej swasta idam tiket percutian ke Taiwan


  • Bizz
  • Selasa, 17 Okt 2023

Farina berjaya memenangi hadiah minyak wangi Nina Ricci Nina Rose EDT 80ml.

TERUJA dengan hadiah mingguan yang dimenangi, Nur Farina Mat Said, 28, tidak menyangka nasib menyebelahinya apabila berjaya meraih hadiah mingguan kempen Langgan dan Menang Majoriti.

Farina merupakan salah seorang daripada 12 pemenang minggu kelapan dalam kempen Langgan dan Menang Majoriti.

Gadis bertuah yang membawa pulang minyak wangi Nina Ricci Nina Rose EDT 80ml itu berkata, dia memang aktif dalam menyertai pelbagai jenis peraduan.

Namun, ini kali pertama dia berjaya memenangi peraduan dan memperoleh ganjaran lumayan yang cukup berbaloi.

"Saya pertama kali menang, walaupun sudah banyak kali masuk peraduan yang lain, rasa gembira dapat menang minyak wangi mewah yang bernilai RM355," katanya.

Pemenang yang bergelar pelajar di Multimedia Universiti (MMU) Cyberjaya itu turut meluahkan hasrat terpendamnya untuk merebut gelaran sebagai pemenang hadiah utama yang berupa kondominium LEA by the Hills.

"Kalau saya terpilih untuk memenangi hadiah berupa kondo bernilai RM 602,800 itu, memang sangat bertuahlah.

"Kerana selepas saya habis belajar sudah tidak perlu lagi bekerja keras bagi membeli sebuah rumah," katanya.

Farina turut menyifatkan hadiah kondominium OSK Property itu mampu dijadikan sebagai aset masa hadapan.

WhatsApp Image 2023-10-16 at 5.32.30 PM (1)

Farina merupakan salah seorang pemenang kempen Langgan dan Menang Majoriti minggu kelapan.

Selain itu, Farina memendam harapan untuk merebut tiket pakej pelancongan ke Taiwan bernilai RM10,000 untuk dua orang.

"Kalau tak menang kondo pun, saya berharap untuk dapatkan tiket percutian ke Taiwan," katanya.

Farina berkata, dia ingin memenangi tiket percutian itu kerana sudah lama memasang impian untuk membawa bersama ibunya melancong ke luar negara.

"Saya ingin membawa ibu saya bersama, kerana tiket yang ditawarkan adalah untuk dua orang, ibu saya dan saya sendiri memang minat melancong," katanya.

Mengulas mengenai kempen Langgan dan Menang Majoriti, Farina menyifatkan peraduan itu sangat mudah untuk disertai dan patut dicuba oleh orang ramai.

"Bagi saya mudah mahu menang peraduan ini, macam saya sendiri, ini kali pertama masuk peraduan yang dianjurkan portal Majoriti dan sudah mampu terpilih sebagai pemenang mingguan," ceritanya lagi.

Kempen Langgan dan Menang Majoriti yang diadakan sempena ulang tahun kedua Majoriti menawarkan pelbagai hadiah menarik buat pembaca dengan nilai keseluruhan berjumlah RM5 juta.

Antara hadiah lumayan bakal dibawa pulang meliputi hadiah utama adalah sebuah kondominium LEA by the Hills di Taman Melawati, Selangor tajaan OSK Property Holdings Bhd (OSK Property) bernilai RM602,800; baucar e-hadiah AEON Co (M) Bhd (AEON) mencecah RM50,000; kerusi urut OGAWA VPresto bernilai RM39,998 dan baucar makanan serta minuman eksklusif. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram