APM ambil masa 25 minit tangkap ular sawa batik 7 meter telan kambing di Kodiang


  • 112
  • Khamis, 19 Okt 2023

Beberapa anggota APM berjaya menangkap seekor ular sawa batik yang menelan seekor kambing di Kodiang, Kedah pada Khamis. — APM Kubang Pasu

ANGGOTA Angkatan Pertahanan Awam (APM) Kubang Pasu mengambil masa selama 25 minit sebelum berjaya menangkap seekor ular sawa batik di Batu 7 Kampung Guar Batu Hitam, Kodiang, Kedah pada Khamis.

Pegawai Pertahanan Awam Daerah Kubang Pasu, Kapten (PA), Mohd Adenin Suhaimi berkata, tangkapan ular sawa itu dilakukan selepas Pusat Kawalan Operasi Daerah (PKOD) APM Kubang Pasu menerima panggilan pada pukul 8.23 pagi daripada orang awam yang menjumpai reptilia itu berada dalam sebuah kandang kambing.

Beliau berkata, seramai empat anggota APM Kubang Pasu telah digerakkan dan tiba di lokasi kejadian sebelum melihat ular sawa batik itu menelan seekor kambing.

msg1050426791-17672

Seekor ular sawa batik sepanjang tujuh meter berjaya ditangkap oleh APM Kubang Pasu, Kedah pada Khamis.

"Ular sawa batik yang berat lebih kurang 140 kilogram dengan anggaran tujuh meter itu berada di kandang kambing berhampiran rumah penduduk.

"Sehubungan itu, anggota APM Kubang Pasu terus bertindak menangkap terhadap ular tersebut untuk dibawa balik ke PKOD Kubang Pasu," katanya dalam kenyataan pada Khamis.

Sementara itu, Mohd Adenin memaklumkan, ular sawa yang ditangkap kemudiannya akan diserahkan kepada Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan). — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram