Meneroka khazanah alam tersembunyi


  • Hobi
  • Isnin, 16 Okt 2023

Bagi yang gemar kepada keindahan alam semula jadi, banyak lagi tempat masih kurang dikenali umum yang boleh anda terokai di Sabah.

SEBUT sahaja mengenai Sabah, kebanyakan pelancong pastinya akan membayangkan beberapa lokasi yang cukup sinonim dengan negeri itu seperti Kota Kinabalu, Sandakan, Kinabatangan atau Sipadan.

Walau bagaimanapun, masih terdapat banyak lagi tarikan pelancongan yang boleh diterokai di Negeri Di Bawah Bayu itu.

Bagi yang gemar kepada keindahan alam semula jadi, anda boleh meneroka kawasan pedalaman yang masih kurang dikenali umum.

Keajaiban tanah bakau

Semenanjung Klias terletak kira-kira 100 kilometer (km) dari barat daya Kota Kinabalu berhampiran timur Labuan.

Di sini, anda boleh menaiki bot menyusuri Sungai Klias pada lewat petang dikelilingi hutan bakau yang subur.

Tiga spesies monyet juga boleh ditemui berkeliaran di tepi sungai seperti lutung kelabu, kera ekor panjang dan spesies monyet Borneo yang terkenal dengan hidung panjang.

Jika bernasib baik, anda berpeluang untuk melihat spesies haiwan tersebut dengan hidungnya yang tertonjol dan panjang.

Bagi aktiviti selepas matahari terbenam pula, saksikan keunikan serangga bersayap iaitu kelip-kelip atau dikenali sebagai kunang-kunang.

USEVisitors try to capture photos and videos of the (often shy) proboscis monkeys at Klias River. — HANIS MAKETAB

Pengunjung cuba mengambil gambar monyet Borneo di Sungai Klias.

Pengurus Kem Pangkalan Only in Borneo Klias, Devenin Ismail menyifatkan serangga itu secara teknikalnya disifatkan sebagai sejenis kumbang dan bukannya lalat seperti yang dipercayai umum.

“Di Sabah, anda boleh menemui lima daripada lapan spesies kelip-kelip yang wujud di Malaysia. Spesies yang paling biasa ditemui di Sungai Klias di sini ialah Pteroptyx tener yang lebih suka berkumpul di pokok berembang, yang dikenali sebagai pokok epal bakau,” tambah Devenin.

Melalui aktiviti ini, kami berpeluang menyaksikan pokok-pokok berkilauan seolah-olah dihiasi lampu kelip-kelip di alam fantasi.

“Masa terbaik untuk melihat kelip-kelip adalah pada waktu malam tanpa bulan, tanpa hujan,” jelas Devenin.

Jadi, kepada yang merancang untuk ke sini, sila ambil perhatian dengan nasihat tersebut!

Pantai permata yang kurang dikenali

Di kawasan berhampiran bahagian paling hujung utara Semenanjung Klias terletaknya Kuala Penyu, sebuah bandar tepi pantai yang menawarkan keindahan pemandangan panorama Laut China Selatan.

Jika anda mencari pemandangan menakjubkan untuk kandungan Instagram atau TikTok, Pantai Sawangan berlatar jeti menjadi destinasi pilihan yang sangat sesuai untuk tujuan tersebut.

Selain itu, Pantai Batu Luang adalah satu lagi destinasi wajib dilawati kerana keunikan pantainya yang berbatu-batu dan bergua.

Berada di pantai ini pastinya membuatkan anda teruja untuk mengambil gambar terutamanya sebelum matahari terbenam.

Terdapat pelbagai pilihan penginapan tepi laut dihangatkan dengan sinar mentari bagi staycation hujung minggu.

Semasa lawatan baru-baru ini, kami menginap di Kontena Coastal View di tepi Pantai Sawangan.

Di situ, kami berpeluang duduk di tepi pantai pada waktu malam dengan menyalakan unggun api sambil menikmati hembusan angin dan deruan ombak.

Bagi aktiviti yang lebih mencabar, anda boleh menaiki bot ke Pulau Tiga yang diuruskan oleh Taman Sabah.

Selepas 30 minit menaiki bot, anda akan tiba di jeti Pulau Tiga.

Sebaik sampai, pengunjung akan melihat papan tanda bertulis Survivor Island.

Pulau ini pernah dijadikan tempat penggambaran musim pertama rancangan realiti, Survivor.

photo1697378422

Pulau Tiga memiliki kawah lumpur gunung berapi yang mengandungi banyak manfaat dan terbuka untuk dinikmati oleh para pelancong.

Terdapat beberapa kemudahan seperti chalet, asrama, meja berkelah dan bilik mandi yang dilengkapi dengan air pancuran dan bilik persalinan. Di samping itu, terdapat juga satu lagi resort peribadi yang terletak di pulau itu.

Tarikan utama pulau ini ialah gunung berapi berlumpur semula jadi yang terletak kira-kira 30 minit dengan berjalan kaki dari jeti.

Untuk aktiviti ini, anda mungkin menjangkakan untuk merasai calitan suhu lumpur yang panas.

Namun, anda ternyata silap. Sebaliknya, lumpur semula jadi di sini memberikan pengalaman yang cukup nyaman dan menyejukkan.

Walaupun kolam lumpur tersebut mengeluarkan buih yang menunjukkan ia seakan-akan menggelegak, sebaliknya anda tidakakan melalui apa yang dirasai seperti mandi di kolam air panas.

Cuma sedikit tip, untuk mengelakkan kaki tersangkut dalam lumpur, anda perlu menggunakan kaedah merangkak seperti komando untuk bergerak menyelusuri kolam lumpur tersebut.

Penduduk tempatan mengatakan bahawa mineral dalam lumpur berkenaan bermanfaat untuk kulit. Jadi, pastikan anda benar-benar melumurnya ke badan dan biarkan ia betul-betul kering sebelum membersihkannya.

Sementara itu, Taman Pulau Tiga sebenarnya terdiri daripada tiga pulau iaitu Pulau Tiga, Pulau Kalampunian Besar dan Pulau Kalampunian Damit (juga dikenali sebagai Pulau Ular).

Airnya yang jernih berwarna biru kehijauan dan keberadaan terumbu karang yang mengelilingi pulau menjadikannya tempat yang sangat sesuai untuk berkayak, snorkeling dan selam skuba.

Hutan rimbun yang wujud di pulau itu juga berpotensi untuk menarik minat mereka yang gemarkan aktiviti berjalan di dalam hutan.

Untuk merasai dan mendapat akses kepada pengalaman lumpur gunung berapi, anda akan dikenakan caj untuk masuk dan bayaran pemuliharaan.

Maklumat lanjut mengenai kadar terkini bayaran boleh disemak di laman web Taman Sabah (sabahparks.org.my)

Kopi Tenom

Menjengah ke bahagian selatan, anda berpeluang ke Tenom yang terkenal dengan kopi dan buah-buahannya yang terhasil daripada iklim kering serta tanah subur di daerah ini.

Naluyan Jungle Lodge terletak di kaki bukit Banjaran Crocker, salah satu pilihan penginapan terbaharu di kawasan itu.

Premis ini menyediakan kemudahan rumah persinggahan kayu yang dilengkapi dengan sentuhan moden, air terjun semula jadi dan persembahan kebudayaan setiap malam.

Sebaik bangun pada awal pagi, pengunjung diceriakan dengan bunyian kicauan burung yang merdu serta pemandangan gunung-ganang yang memukau.

Kalau hendak tahu, salah satu eksport terbesar Tenom ialah kopi Tenom yang sebahagian besarnya adalah daripada varieti robusta.

Kopi Tenom terkenal dengan aroma yang kuat dan rasanya pekat.

Tiga pengeluar utama kopi Tenom ialah Yit Foh, Fatt Choi dan Tong Fah.

Yit Foh, pengeluar terbesar dan yang tertua daripada ketiga-tiganya, mempunyai kilang kopi dan taman yang boleh anda lawati sama ada untuk perjalanan sehari atau bermalam.

USE BUT CAN CROPNo visit to Sabah is complete without savouring a cup of Tenom coffee! — HANIS MAKETAB

Lawatan ke Sabah tidak lengkap tanpa merasai kopi Tenom.

Mereka turut mempunyai kotej yang dinamakan sempena jenis minuman kopi seperti Americano dan banyak lagi.

Bagi penggemar kopi, anda pasti akan tersenyum apabila menikmati kesegaran aroma biji kopi yang dipanggang.

Di kilang kopi, anda akan dapat menyaksikan pekerja menjalankan aktiviti membungkus serbuk kopi dan menghasilkan sekurang-kurangnya 9,000 peket setiap hari untuk diedarkan serta dijual di seluruh Malaysia, Brunei dan Singapura.

Pengarah Urusan Yit Foh, Alex Yong yang juga anak kepada pengasasnya iaitu Yong Loong Vun, memberitahu kami bahawa sebagai perniagaan yang dikendalikan oleh keluarga, ia masih menggunakan kaedah tradisional untuk memanggang biji kopi yang digunakan oleh bapanya ketika mula-mula penubuhan syarikat itu pada 1960.

“Tetapi apa yang menjadikan biji kopi mempunyai aroma dan rasa yang unik ialah kayu getah yang kami gunakan untuk memarakkan api semasa proses memanggang,” ujarnya sambil menambah bahawa mereka berharap untuk mengembangkan jualan produk ke rantau Asia lain dalam masa terdekat.

Anugerah alam

Selain kopi, satu lagi kemuncak pengalaman yang boleh dirasai semasa berada Tenom adalah menikmati pelbagai jenis buah-buahan eksotik di Taman Pertanian Sabah.

Berkeluasan lebih 200 hektar, taman ini mempunyai kira-kira 20 taman mini mengikut kategori keluarga atau ciri tumbuhan yang berbeza. Secara keseluruhan, taman ini mempunyai lebih 2,000 tumbuhan termasuk 350 spesies orkid yang kebanyakannya merupakan spesies jarang ditemui dan terancam.

Antaranya orkid telinga gajah, orkid ekor tikus dan orkid Sumazau yang merupakan orkid rasmi negeri Sabah.

Selain itu, terdapat juga Muzium Tanaman seluas 3 hektar, di mana anda boleh mencuba buah-buahan yang unik di Sabah, seperti bambangan dan kesusu.

Di daerah bersebelahan Keningau, De Green Farm salah satu daripada ladang pelancongan agro yang boleh dilawati.

Take your pick from the bountiful fruits you'll find at any one of Keningau's agrotourism farms, such as De Green Farm. — HANIS MAKETAB

Para pelawat boleh menikmati pelbagai jenis buah-buahan yang terdapat di De Green Farm, Keningau.

Menurut Pengurus Besar De Green Farm, Tracey Liew, ladang organik yang dikendalikan keluarganya itu mengamalkan kaedah pertanian yang mampan dan semula jadi.

“Pada 2017, ayah saya menekankan keperluan untuk menjaga kesihatan. Bermula dari situ, dia mula mahu menjalankan aktiviti menanam hasil pertanian sendiri dan membina rumah hijau kecil.

“Tidak lama kemudian, dia sudah boleh menghasilkan lebih banyak buah-buahan dan sayur-sayuran yang boleh dimakan. Jadi, itulah kisah permulaan kami,” kongsinya.

Walaupun hasil ladang itu hanya diedarkan di sekitar Sabah, ladang itu menerima pelawat antarabangsa dari Singapura, Brunei, Macau, Australia dan Amerika Syarikat.

Kumpulan pelancong ingin merasai buah-buahan eksotik yang sukar ditemui di tempat lain seperti longan Brazil (Matoa), avokado Florida dan durian Sabah, seperti Tenom Beauty.

“Disebabkan cuaca panas sejak kebelakangan ini, hasil tanaman durian kami menjadi semakin banyak. Pokok durian kami telah berbuah sejak Mei hingga sekarang!”

Meskipun kira-kira 80 peratus daripada tanaman durian di ladang tersebut adalah musang king, mereka turut menanam jenis durian lain seperti black thorn, D24, D88 dan banyak lagi.

Liew menasihatkan pelawat agar menghubungi pihaknya lebih awal sebelum merancang lawatan kerana musim berbuah bergantung pada cuaca.

Jadi, pastikan anda menyemak dengan mereka terlebih dulu sebelum merancang jamuan durian anda!

Sokongan masyarakat setempat

Kira-kira separuh daripada penduduk Tenom terdiri daripada orang Murut, iaitu kumpulan etnik Orang Asli yang biasanya tinggal di kawasan bukit.

Nama Murut itu sendiri jika diterjemahkan secara literal adalah membawa maksud orang bukit.

Jika anda ingin benar-benar menyelami budaya tempatan Tenom, tinggal sendiri di rumah inap disediakan di daerah tesebut.

Pusat Marais yang terletak di perkampungan Marais ini dikendalikan oleh penduduk kampung daripada kaum Murut.

Kampung ini menerima kira-kira seramai 500 pengunjung setahun dan menawarkan pelbagai aktiviti serta pengalaman kebudayaan menyeronokkan seperti berbasikal melalui sawah padi, membuat jaket tradisional Murut serta belajar cara memasak masakan Murut yang lazat.

“Kami mempunyai lebih 600 orangdalam komuniti dan sumber pendapatan utama secara tradisinya ialah daripada hasil padi, getah dan kelapa sawit. Tetapi sejak pusat ini dilancarkan pada 2019, kami dapat mencari sumber pendapatan lain melalui pelancongan berasaskan komuniti,” kata James.

USENatanel Atum showing visitors to Marais Centre how he makes the 'babaru puputul', a traditional Murut vest made from the bark of the puputul tree. — HANIS MAKETAB

Natanel Atum dari Pusat Marais menghasilkan ‘babaru puputul’, sejenis pakaian tradisi kaum Murut yang diperbuat daripada kulit pokok puputul.

Rangi, salah seorang penduduk kampung yang terlibat dalam menjalankan pusat tersebut.

“Selain menjana pendapatan masyarakat setempat, Pusat Marais juga menyediakan peluang pekerjaan kepada belia di kampung tersebut dan membolehkan golongan ini terus tinggal bersama komuniti mereka. Begitu juga dengan Pusat Kraftangan Sabah (SHC) di Keningau, ia dibina untuk menyokong pembangunan industri kraftangan warisan etnik Sabah," ujarnya.

Pada masa sama, ia juga menjadi platform untuk usahawan kraf luar bandar memasarkan kraftangan mereka.

Dikendalikan oleh Kumpulan Yayasan Sabah, pusat ini menawarkan kursus penghasilan produk tekstil (batik, tenunan kain), barangan berasaskan hutan (perabot, anyaman buluh dan rotan) serta kraftangan berasaskan tanah (seramik dan gentian kaca).

USEEthnic beadwork on display at Sabah Handicraft Centre's Galleria Artisan in Keningau. — HANIS MAKETAB

Pelbagai jenis rekaan aksesori manik boleh dibeli di Galleria Artisan yang terletak di Pusat Kraftangan Sabah, Keningau.

Apabila melawat galeri dan kedai cenderamata, anda boleh membeli hasil kerja yang disiapkan di situ untuk dibawa pulang.

SHC satu-satunya pengeluar batik tunggal yang diperakui di Sabah, manakala Galleria Artisan tempat yang diiktiraf Fair Trade Tourism.

Jadi, anda perlu merasai sendiri pengalaman tidak ternilai ini dalam lawatan yang akan datang. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram