[VIDEO] Lelaki nyaris tak sedar hampir dipatuk ular tedung sembunyi dalam helmet


  • Benua
  • Sabtu, 07 Okt 2023

Usaha mengesan ular tedung kecil itu dilakukan seorang penangkap ular yang dihantar oleh jabatan hutan di bandar tersebut.

SEORANG lelaki di Kerala, India nyaris berhadapan dengan insiden boleh meragut nyawa selepas seekor ular tedung didapati berada tersembunyi di dalam celahan bahagian dalam helmetnya.

Difahamkan, sebelum kejadian, lelaki berkenaan yang dikenali sebagai Sojan meletakkan helmetnya di ayas sebauh skuter yang diletakkan di kawasan parkir tempat kerjanya.

Bagaimanapun, ketika hendak pulang dan menuju ke motosikalnya pada waktu petang, dia tiba-tiba melihat sesuatu objek kecil seperti ular bergerak memasuki ke dalam topi keledarnya.

photo1696690094

Ular tedung kecil yang dijumpai dalam helmet lelaki berkenaan.

Susulan daripada itu, Sojan segera memaklumkan perkara itu kepada jabatan hutan yang kemudiannya menghantar seorang sukarelawan penangkap reptilia tersebut ke lokasi.

Ular tedung berbisa itu kemudiannya ditemui di dalam topi keledarnya penangkap ular itu membuat pemeriksaan rapi.

Rakaman video itu memaparkan bahawa apabila penangkap ular itu menemui haiwan tersebut yang tersembunyi di dalam lapisan span topi keledar berkenaan.

Saiz ular berusia lebih kurang dua bulan yang kecil itu menyebabkan ia agak sukar untuk dikesan dengan mudah secara lebih dekat.

Difahamkan, penangkap ular itu turut memaklumkan bahawa gigitan membabitkan ular tedung bersaiz kecil adalah lebih berbahaya kesannya berbanding reptilia tersebut yang lebih besar. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram