TULAR satu video memaparkan seorang bayi sedang meraung kesakitan dipercayai selepas disengat oleh seekor lipan.
Klip mengenai kejadian itu yang berlaku di Indonesia dimuat naik sendiri oleh pengguna akaun Tiktok, leamapaliey yang merupakan ibu kepada kanak-kanak tersebut.
Menerusi rakaman tersebut, bayi yang sedang didukung itu dilihat menangis mengerang kesakitan akibat sengatan daripada binatang berbisa tersebut.
Pada masa sama, seorang lelaki didapati memicit-micit bahagian belakang kanak-kanak itu yang dipercayai menjadi tempat bekas gigitan lipan terbabit
"Ini anak pertama saya waktu umur tujuh bulan, bila musim hujan ada lipan tiba-tiba masuk ke dalam baju tanpa ada orang perasan," tulisnya dalam hantaran perkongsian video terbabit pada 1 Oktober lalu.
Dalam pada itu, wanita tersebut yang berkata, pada malam kejadian, dia yang merupakan warga Indonesia itu tidak dapat menghantar anaknya ke doktor kerana tiada pusat perubatan yang masih beroperasi.
Disebabkan itu, dia dan keluarganya membantu bantuan daripada seorang kenalan bapanya yang mempunyai kemahiran mengeluarkan sengat lipan daripada badan anaknya.
Menurutnya, menuam bekas gigitan dengan air panas, kaedah rawatan itu turut menggunakan alat dipercayai batu geliga ular.
Kata wanita tersebut, bengkak bekas gigitan lipan pada anaknya juga mula surut sehari selepas kejadian.
Ujarnya, anaknya turut diberikan ubat bagi mengubati demam dan kesakitan dialami akibat sengatan tersebut.
Dalam pada itu, rata-rata netizen melahirkan kerisauan mereka terhadap tindakan wanita berkenaan yang tidak segera membawa anaknya ke hospital bagi mendapatkan rawatan.
Ini kerana sengatan daripada lipan diketahui menyebabkan maut terutamanya apabila melibatkan anak kecil atau bayi memandangkan neurotoksin terkandung di dalamnya akan boleh membuatkan mangsa mengalami demam dan peningkatan tekanan darah.
"Budak bawah lima tahun kalau kena gigit lipan kena terus pergi kecemasan," tulis sakira.
"Saya pun pernah kena gigit lipan. Sakitnya teramat sangat. Apa lagi ni bayi. Pasti dia kesakitan. Bawalah pergi hospital," ujar Winifred Avon.
"Saya sendiri pernah kena gigit lipan bara. Terus pergi hospital dapat suntikan (antivenom) dua kali. Itu pun masih sakit lagi. Ni pula budak-budak," kata Unad.
"Pernah kena gigit lipan dekat telinga and tangan masa tidur. Pergi hospital pukul 2 pagi, nurse cucuk. Lepas subuh tu terus muntah, barulah hilang sakit tu," kata wanhamizah617. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram