[VIDEO] Sampai jatuh tersungkur, pemilik rumah puas kurung pencuri dengan ular


  • Benua
  • Khamis, 24 Ogos 2023

Tangkap layar orang kampung menakut-nakutkan seorang pencuri dengan mengurungnya bersama seekor ular. — Agensi

TULAR di media sosial memaparkan seorang pencuri mengalami trauma apabila pemilik rumah yang dipecah masuk cuba menakutkannya dengan ular selepas suspek dikurung.

Difahamkan, kejadian itu berlaku di wilayah Aceh, Indonesia baru-baru ini.

Memetik laporan media antarabangsa Okezone.Com, melalui video yang dimuat naik di TikTok @mufti0307 itu memaparkan pemilik rumah itu dilihat mengurung suspek di dalam sebuah bilik yang gelap selepas kegiatannya diketahui.

Pencuri itu kemudian menjerit ketakutan selepas seorang lelaki cuba menakutkannya dengan seekor ular.

Malah dia yang berjaya ditangkap oleh orang kampung pada waktu kejadian juga dilihat jatuh tersungkur di tanah kerana ketakutan.

Menurut pemilik TikTok berkenaan, suspek telah diserahkan kepada pihak berkuasa tempatan selepas kejadian itu.

Bagaimanapun nasib suspek tidak diketahui.— Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram