'Dapat hadiah tanpa jawab soalan susah', Fadh ajak kenalan sertai kempen Langgan dan Menang Majoriti


  • Bizz
  • Jumaat, 13 Okt 2023

Mohamad Fahd merupakan pemenang bagi minggu keenam dalam kempen Langgan dan Menang Majoriti.

TERUJA dengan hadiah mingguan yang dimenangi, Mohamad Fahd Rahmat, 38, tidak menyangka nasib menyebelahinya untuk memiliki hadiah mingguan kempen Langgan dan Menang Majoriti.

Fadh merupakan salah seorang daripada 11 pemenang minggu keenam kempen Langgan dan Menang Majoriti.

Dia yang membawa pulang minyak wangi Paco Rabanne Phantom EDT 100ml berkata, ini kali pertama dia menyertai peraduan dan sudah berjaya membawa pulang ganjaran lumayan yang cukup berbaloi.

"Terujalah, memang terkejut kerana saya tidak pernah masuk sebarang peraduan, sekali masuk terus peroleh hadiah minyak wangi berjenama bernilai RM395.

"Malah, peraduan ini tidak memerlukan saya untuk menjawab soalan yang susah, hanya perlu mengisi maklumat peribadi ketika mahu membuat langganan ke portal berita Majoriti," katanya.

Fadh berkata, dia turut berhasrat lebih ramai kenalan rapatnya untuk sertai dalam kempen ini bagi merebut hadiah yang ditawarkan sepanjang tempoh 18 minggu ia dijalankan.

"Saya sudah mengajak rakan-rakan untuk turut serta dalam kempen ini sejak saya mulai melanggan portal Majoriti lagi," katanya.

WhatsApp Image 2023-10-09 at 4.12.44 PM (2)

Fadh merupakan pemenang mingguan bagi hadiah minyak wangi Paco Rabanne Phantom EDT 100ml benilai RM395.

Fadh mengakui hanya dengan langkah mudah yang dilakukan, dia sudah berjaya untuk memenangi hadiah mingguan.

"Saya rasa memang mudah dan berbaloi untuk masuk peraduan ini kerana yuran langganan hanya RM30 setahun.

"Harga langganan itu pula sudah diberi potongan yang banyak dengan asalnya harga langganan tersebut bernilai RM93.40," katanya.

Fadh turut menyimpan harapan yang lebih besar untuk merebut hadiah utama yang berupa sebuah kondominium LEA by the Hills di Taman Melawati, Selangor tajaan OSK Property Holdings Bhd bernilai RM602,800.

"Saya sangat bersyukur kalau turut terpilih sebagai pemenang hadiah utama atau hadiah lain kerana dalam keadaan ekonomi mencabar ketika ini, memang sangat bermakna dan bertuah jika peroleh hadiah mewah itu," katanya.

Selepas menjadi salah seorang pembaca portal Majoriti, Fadh turut melihat kebolehan portal Majoriti dalam menyebarkan berita semasa kepada para pembaca.

"Majoriti merupakan portal berita baharu yang saya nampak boleh memberi saingan sengit kepada media lain.

"Saya suka baca portal Majoriti kerana penulisannya yang santai dan saya berharap media ini mampu mengangkat lebih banyak suara rakyat di negara ini.

"Semoga portal ini terus berjaya melaporkan berita-berita terkini, benar dan adil," katanya.

Kempen Langgan dan Menang Majoriti yang diadakan sempena ulang tahun kedua Majoriti menawarkan pelbagai hadiah menarik buat pembaca dengan nilai keseluruhan berjumlah RM5 juta.

Antara hadiah lumayan bakal dibawa pulang meliputi hadiah utama adalah sebuah kondominium LEA by the Hills di Taman Melawati, Selangor tajaan OSK Property Holdings Bhd (OSK Property) bernilai RM602,800; baucar e-hadiah AEON Co (M) Bhd (AEON) mencecah RM50,000; kerusi urut OGAWA VPresto bernilai RM39,998 dan baucar makanan serta minuman eksklusif. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram