TERUJA dengan hadiah mingguan yang dimenangi, Noor Akmar Othman, 47, kini menaruh harapan yang lebih besar untuk memenangi hadiah utama kempen Langgan dan Menang Majoriti.
Noor Akmar merupakan salah seorang daripada 11 pemenang minggu keenam kempen Langgan dan Menang Majoriti.
Dia yang membawa pulang minyak wangi Paco Rabanne Lady Million Empire EDP 50ml berkongsi perasaan gembiranya selepas mengetahui kemenangan diraih dengan hanya melakukan langkah mudah untuk menyertai kempen tersebut.
"Saya hanya melanggan RM30 sahaja untuk setahun bagi portal Majoriti, tapi sudah berpeluang menangi minyak wangi mahal berjenama mewah.
"Bagi saya sangat berpatutan harga ini, sebab harga sebenar langganan ialah RM93.40, sekarang cuma RM30 sahaja sudah banyak ganjaran hebat yang disediakan," katanya.

Noor Akmar turut mengajak suaminya, Ismail Abd Malek untuk turut serta dalam kempen Langgan dan Menang Majoriti.
Bagi Noor Akmar, dia tidak menyesal melanggan portal Majoriti kerana hadiah-hadiah yang ditawarkan sangat berbaloi dan lumayan.
"Banyak hadiah menarik, saya bertuah ketika terdetik untuk mencuba nasib.
"Semasa itu, saya terdengar mengenai kempen ini di radio Suria FM dan pada masa yang sama terlihat iklan di billboard Paya Rumput, Melaka ketika berada di dalam kereta," katanya.
Malah, selepas meraih kemenangan, Noor Akmar yang bekerja sebagai pentadbir sebuah perusahaan syarikat cili di Melaka turut mengajak adik-beradiknya untuk melanggan portal Majoriti bagi meningkatkan peluang memenangi hadiah utama berupa kondominium LEA by the Hills di Taman Melawati.
"Adik-beradik saya ada 11 orang, semua saya ajak untuk langgan Majoriti, mana tahu ada tuah untuk mereka," katanya.
Suaminya juga turut serta dalam kempen Langgan dan Menang Majoriti supaya peluang mereka sekeluarga semakin besar untuk memenangi hadiah utama.
"Harapan saya untuk menang hadiah utama kondominium, tetapi kalau tidak dapat, baucar AEON RM 25,000 juga saya impikan, semoga ada rezeki," katanya yang juga bekas pensyarah di Universiti Antarabangsa UNITAR.
Bercakap soal itu, dia mengimpikan hadiah berupa baucar AEON kerana berniat mahu membantu orang lain yang lebih susah.
Noor Akmar berkata, baucar AEON itu sangat berbaloi direbut kerana pelbagai barangan dijual di AEON meliputi pelbagai aspek seperti makanan, barangan runcit dan juga perkakas elektrik.
"Baucar yang ditawarkan ini sangat banyak jumlahnya, jadi kalau saya terpilih saya mahu bantu ibu bapa dan suami saya.
"Saya juga berniat untuk membantu orang-orang yang susah apatah lagi ibu-ibu tunggal yang kehilangan suami di Melaka memandangkan saya tinggal di negeri itu," katanya.
Kempen Langgan dan Menang Majoriti yang diadakan sempena ulang tahun kedua Majoriti menawarkan pelbagai hadiah menarik buat pembaca dengan nilai keseluruhan berjumlah RM5 juta.
Antara hadiah lumayan bakal dibawa pulang meliputi hadiah utama adalah sebuah kondominium LEA by the Hills di Taman Melawati, Selangor tajaan OSK Property Holdings Bhd (OSK Property) bernilai RM602,800; baucar e-hadiah AEON Co (M) Bhd (AEON) mencecah RM50,000; kerusi urut OGAWA VPresto bernilai RM39,998 dan baucar makanan serta minuman eksklusif. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram
