Aidil idam menangi baucar AEON, mahu guna sebagai belanja majlis kahwin tahun depan


  • Bizz
  • Sabtu, 14 Okt 2023

Mohd Aidil berasakan hadiah mingguan kempen Majoriti amat berbaloi dengan kadar langganan sebanyak RM30.

TERUJA diumum sebagai pemenang mingguan bertuah kempen Langgan dan Menang Majoriti, Mohd Aidil Abdul Majid, 26, mendedahkan hasratnya untuk memenangi baucar AEON yang bernilai RM25,000 sebagai hadiah utama untuk perbelanjaan selepas sudah berkeluarga.

Pada awalnya, Aidil yang menetap di Setapak, Kuala Lumpur tidak menyembunyikan keinginan untuk memenangi hadiah sebuah kondominium LEA by the Hills di Taman Melawati, Selangor tajaan OSK Property Holdings Bhd (OSK Property) bernilai RM602,800 sebagai hadiah utama.

Namun, dia menyatakan bahawa baucar AEON juga menjadi sasarannya memandangkan dia sedang merancang untuk mendirikan rumah tangga bersama pilihan hatinya pada 2024.

Aidil yang juga menjalankan perniagaan secara dalam talian juga mengaku bahawa terkesan dengan krisis ekonomi yang berlaku sekali gus menjadi salah satu faktor dia mengidamkan hadiah utama tersebut.

photo_6145710541579073930_y

Mohd Aidil bersama hadiah mingguan yang dituntut di Menara Star pada Jumaat.

"Kalau boleh semestinya saya nak hadiah sebuah kondo untuk saya menetap memandangkan berniaga pun susah sekarang, jadi kondo itu boleh dijadikan aset dan rumah tetap saya.

"Tetapi jika saya menang bacar AEON pun apa salahnya, boleh juga digunakan kerana saya pun ada rancang mahu berkahwin pada 2024. Jadi, baucar itu boleh saya gunakan untuk belanja barangan rumah," katanya kepada Majoriti.

Bukan itu sahaja, Aidil yang memenangi hadiah minyak wangi Paco Robanne Lady Million Empire EDP 50ml turut tidak menolak fakta bahawa jumlah bayaran RM30 yang dikenakan untuk langganan eksklusif portal berita Majoriti selama setahun, amat murah dan berbaloi.

"Tidak mahal dan tidak rugi pun sebab memang padanlah harga dengan hadiah," katanya lagi.

Selain dapat memenangi pelbagai hadiah menarik, Aidil juga menyeru supaya orang ramai menyertai kempen Langgan dan Menang Majoriti di samping dapat menerima berita terkini.

Sementara itu, pembaca Majoriti juga berpeluang memenangi hadiah ditawarkan apabila mereka menyertai kempen bersempena ulang tahun kali kedua ini dengan melakukan langganan eksklusif tahunan bernilai hanya RM30 bermula dari 17 Ogos hingga 20 Disember 2023.

Terdapat juga hadiah lain antaranya pakej pelancongan ke Taiwan bernilai RM10,000 dan bukan sekadar itu, bagi setiap langganan berjaya, pembaca akan menerima ganjaran serta-merta iaitu baucar Starbucks bernilai RM10 dan baucar Chef Wan Group of Restaurants bernilai RM30.

Antara hadiah utama yang lumayan bakal dibawa pulang adalah sebuah kondominium LEA by the Hills di Taman Melawati, Selangor tajaan OSK Property Holdings Bhd (OSK Property) bernilai RM602,800; baucar e-hadiah Aeon Co (M) Bhd (Aeon) mencecah RM50,000; Kerusi urut OGAWA VPresto bernilai RM39,998. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram