SEKIAN lama tidak menjejakkan kaki ke luar negara, Ling Chun Thien, 39, mengidamkan tiket percutian ke Taiwan yang merupakan salah satu hadiah utama dalam kempen Langgan dan Menang Majoriti.
Chun Thien yang berkhidmat sebagai penyelia teknologi maklumat di sebuah syarikat juga kelihatan teruja selepas diumumkan sebagai salah seorang pemenang bertuah.
Ditanya tentang hadiah utama yang paling diingini, pemenang minggu ketujuh itu mendedahkan dia merupakan seorang yang gemar melancong dan mahu memenangi tiket percutian ke Taiwan jika diberi peluang.
Chun Thien bersama hadiah mingguan yang dimenanginya di Menara Star pada Jumaat.
"Sebenarnya saya lebih suka melancong dan sejak Covid-19, saya sudah tidak ke luar negara lagi," katanya.
Lebih menarik, walaupun tiket percutian itu akan dihadiahkan untuk dua orang, dia yang sudah biasa melancong secara solo tetap mahu menggunakan tiket itu hanya untuk dirinya jika bertuah.
"Saya tidak kisah dengan jumlah tiket itu, yang penting saya dapat melancong itu sudah cukup," selorohnya.
Katanya, dia tidak menyangka diumum sebagai pemenang kerana tidak pernah menyertai sebarang peraduan dan hanya sekadar mencuba nasib melalui kempen ini.
"Saya memang terkejut dan tak sangka sebab sebelum ini pun tidak pernah tahu kempen-kempen seperti ini.
"Saya pun hanya berserah dan menunggu sahaja tetapi tidak sangka dalam dua atau tiga hari sudah menang," katanya.
Bukan itu sahaja, Chun Thien yang menetap di Alam Damai, Cheras, Kuala Lumpur itu sanggup datang ke Menara Star untuk menuntut hadiah mingguan yang dimenanginya pada Jumaat.
Pada masa sama, dia yang memenangi hadiah jam tangan perempuan Braun Buffel turut menyeru untuk lebih ramai orang menyertai kempen Langgan dan Menang Majoriti kerana pasti tidak akan pulang dengan tangan kosong.
"Memang berbaloi kerana harga sangat murah iaitu RM30 sahaja dan semestinya tidak akan rugi selain boleh dapat pelbagai hadiah yang sangat mahal dan bernilai," tambahnya. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram