SANGGUP meredah perjalanan jauh dari Arau, Perlis, Ahmad Adzlan Shahruddin, 25, tidak dapat menahan keterujaannya selepas diumumkan sebagai pemenang mingguan kempen Langgan dan Menang Majoriti.
Adzlan yang merupakan seorang pelajar Ijazah Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan Mekanikal (Kepujian) (Pembangunan Produk) di Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) itu tidak dapat menyorokkan kegembiraannya selepas menjadi salah seorang pemenang bertuah.

Adzlan, pemenang minggu ketujuh kempen Langgan dan Menang Majoriti.
Adzlan mendedahkan bahawa dia sanggup datang ke Menara Star di Petaling Jaya pada Khamis bagi menuntut hadiah yang dimenanginya dan mahu pulang kembali ke UniMAP pada Jumaat.
Ketika ditanya tentang hadiah utama yang mahu direbut, Adzlan menyatakan hasratnya adalah untuk memenangi hadiah berupa baucar Aeon bernilai RM25,000 bagi kegunaan keluarganya.
"Jika diberi pilihan, baucar Aeon yang saya mahu kerana boleh digunakan untuk perbelanjaan harian keluarga saya di Setiawangsa, Selangor," katanya kepada Majoriti.
Bukan sekadar itu, Adzlan yang juga seorang pendengar radio Suria FM turut memberitahu bahawa dia berminat menyertai kempen tersebut selepas mendengar promosi mengenainya pada minggu lalu.
Pemenang minggu ketujuh itu menambah, cara langganan kempen Langgan dan Menang Majoriti juga sangat mudah dengan membayar RM30 sahaja.
Berpuas hati dengan hadiah minyak wangi Carolina Herrera Bad Boy EDT 50 ml yang diterima, Adzlan turut menggalakkan orang ramai agar menyertai kempen tersebut di samping dapat menerima pelbagai informasi yang berguna di portal Majoriti.
"Berkenaan dengan kempen ini, saya memang galakkan untuk ramai lagi sertainya selain kita dapat membaca pelbagai artikel menarik.
"Selain itu, kita juga mendapat peluang untuk memenangi hadiah-hadiah yang boleh saya kata sangat bombastic," katanya.
Jangan risau! Bagi pembaca yang baharu melanggan atau sedia ada, anda juga berpeluang memenangi hadiah mingguan sepanjang 18 minggu kempen ini dijalankan.
Selain itu, terdapat hadiah lain antaranya pakej pelancongan untuk dua orang ke Taiwan bernilai RM10,000 dan tidak terhenti di situ, bagi setiap langganan berjaya, anda akan menerima ganjaran serta-merta; baucar Starbucks bernilai RM10 dan baucar Chef Wan Group of Restaurants bernilai RM30.
Kempen ini turut disokong oleh beberapa rakan kerjasama utama antaranya OSK Property, Aeon, Ogawa Malaysia, Berjaya Starbucks Coffee Sdn Bhd dan Chef Wan Group of Restaurants. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram
