[VIDEO] Nahas konvoi kereta mewah, Porsche terbabas rempuh tiang eletrik di Kluang


  • Tular
  • Ahad, 15 Okt 2023

Kerosakan kereta mewah tersebut ekoran kemalangan yang berlaku pada Ahad. — Telegram

SEBUAH kereta mewah jenis Porsche terlibat dalam kemalangan selepas terbabas lalu merempuh tiang eletrik di Jalan Kahang-Mersing, dekat Batu 16, Kluang, Johor pada Ahad.

Insiden tersebut tular di media sosial apabila kenderaan berwarna putih terbabit dilihat remuk di bahagian hadapan.

Namun berdasarkan maklumat awal diperoleh memaklumkan tiada sebarang kecederaan dilaporkan dalam kejadian berkenaan.

Difahamkan, kenderaan mewah itu sedang melakukan konvoi bersama beberapa kenderaan mewah lain yang turut dilihat dalam video tular tersebut.

Dalam pada itu, rombongan kenderaan berkenaan dipercayai berasal dari Singapura.

Di ruangan komen, beberapa warganet turut membuat spekulasi bahawa kejadian tersebut berkemungkinan berpunca akibat tindakan pemandu kereta terbabit yang memandu secara laju sehingga hilang kawalan.

"Ni geng Singapura. Kalau hari Ahad dia konvoi masuk tempat kita lepas itu bawa kereta laju-laju," kata Zulhaidi Bunaim.

"Banyak kali nampan orang Singapura ni bawa macam dah pro (profesional) dekat Jalan-Kahang ke Mersing ni, bila dekat nak terbabas gelabah sampai hampir masuk gaung baru ada akal nak bawa perlahan," ujar Mohd Farith Adam.

"Team Porshe Singapura buat perangai," dakwa Aman Shima. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram