Budak perempuan tersepit besi penghadang jalan, motosikal ibu terbabas di Marang


  • 112
  • Jumaat, 13 Okt 2023

Keadaan kedua-dua mangsa selepas terlibat kemalangan di Marang pada Jumaat. — JBPM Terengganu

SEORANG wanita dan kanak-kanak perempuan dipercayai anak-beranak cedera parah selepas terlanggar besi penghadang jalan yang dipercayai berlaku di Kampung Sungai Kerak, Marang, Terengganu pada Jumaat.

Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Terengganu dalam kenyataannya di Facebook berkata, Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) telah menerima satu panggilan kecemasan yang memaklumkan satu kemalangan di jalan raya Kampung Sungai Kerak pukul 10 pagi.

Mengulas lanjut, 10 anggota bomba telah dikejarkan ke lokasi kejadian bagi usaha menyelamatkan mangsa wanita dan seorang kanak-kanak perempuan.

WhatsApp Image 2023-10-13 at 4.17.06 PM

Keadaan besi penghadang jalan yang memiliki kesan darah selepas kejadian berlaku. — JBPM Terengganu.

Kedua-dua mangsa dipercayai menunggang sebuah motosikal sebelum terlanggar besi penghadang jalan yang mengakibatkan kedua-dua mangsa terjatuh daripada motosikal.

Sejurus bomba berhasil menyelamatkan mangsa yang tersepit, kedua-dua mangsa kini dilaporkan telah dihantar ke hospital dengan menaiki Emergency Medical Rescue Services (EMRS) bagi rawatan lanjut.

Walaubagaimanapun, belum ada kenyataan pihak berkuasa mengenai keadaan terkini mangsa. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram