[VIDEO] Tak sempat nak buat apa, kereta 'over heat' musnah dijilat api di lampu isyarat Kuching


  • 112
  • Jumaat, 13 Okt 2023

Keadaan sebuah kereta yang hangus dijilat api dipercayai berpunca daripada enjin yang terlalu panas di Kuching, Sarawak pada Jumaat. — JBPM Sarawak

SEBUAH kereta dilaporkan terbakar dipercayai berpunca daripada enjin yang terlalu panas di persimpangan lampu isyarat di Jalan Kuching-Samarahan di Kuching, Sarawak pada Jumaat.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berkata, kejadian dilaporkan berlaku pada pukul 12.25 tengah hari.

Menurutnya, anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tabuan Jaya dikejarkan ke lokasi kejadian untuk memadam kebakaran.

Pada masa yang sama, kebakaran tidak melibatkan sebarang kecederaan dan kemalangan jiwa.

"Pemandu kereta iaitu seorang lelaki berusia 30 tahun berjaya keluar dari kereta dan dilaporkan selamat," katanya.

Operasi tamat sepenuhnya pada pukul 12.49 tengah hari dan PKO pulang ke balai selepas memastikan keadaan di lokasi kejadian selamat.

Menerusi video yang sempat dirakam oleh orang awam, saksi mendakwa difahamkan punca kebakaran berlaku adalah disebabkan enjin yang terlalu panas atau over heat.

Saksi yang menggunakan akaun Facebook Belun Saran memberitahu, pemilik kereta tersebut tidak sempat membuat sebarang tindakan sebelum keretanya hangus terbakar di lokasi kejadian.

"Aku suruh dia tutup enjin tadi tapi tak sempat nak buat apa-apa, enjin terbakar terus. Semoga segala urusan dipermudahkan.

"Pemilik kereta tadi terus keluar, api dah membara bawah enjin. Kesian dia," tulisnya. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram