[VIDEO] Penunggang mabuk dibawa lari, tak sampai balai lepas sondol kereta orang di Serendah


  • Tular
  • Jumaat, 13 Okt 2023

Tangkap layar video menunjukkan motosikal dinaiki suspek melanggar bahagian belakang kereta mangsa sebelum terjatuh dalam kejadian di Jalan Rawang-Bestari, Rawang, dekat Serendah, Selangor. — Facebook

TULAR satu kemalangan langgar lari melibatkan seorang penunggang motosikal dipercayai berada dalam keadaan mabuk bersama sebuah kenderaan lain dalam kejadian dekat Jalan Rawang-Bestari, Rawang, di Serendah, Selangor.

Difahamkan, penunggang motosikal berkenaan pada awalnya melanggar bahagian belakang sebuah kereta jeniz Perodua Bezza yang sedang berhenti di sebuah persimpangan.

Impak pelanggaran yang dipercayai berlaku dalam insiden pada Ahad lalu itu menyebabkan penunggang lelaki berkenaan terjatuh.

WhatsApp Image 2023-10-13 at 10.44.06 PM

Kerosakan yang berlaku terhadap bahagian belakang kereta mangsa akibat kemalangan tersebut. — Facebook

Menerusi perkongsian dibuat oleh mangsa yang merupakan pemandu kereta terbabit, kenderaanya turut mengalami kerosakan di bahagian lampu dan bumper bahagian belakang.

Bagaimanapun, lebih mengejutkan dalam insiden tersebut, mangsa yang menggunakan nama akaun Facebook, Noor Azah itu memaklumkan suspek kemudiannya dilarikan oleh seorang individu tidak dikenali dengan menggunakan sebuah kereta.

Dakwanya, suspek juga memungkiri janji untuk tampil membuat laporan di balai polis berdekatan.

"Cakap nak pergi buat report di Balai Polis Serendah (Selangor), kami sampai dia tak ada," ujarnya yang berkongsikan mengenai kejadian itu di Group Facebook, 48000 Rawang pada Rabu lalu

Susulan daripada itu, mangsa turut meminta orang ramai yang mengenali suspek untuk tampil memaklumkan kepadanya.

Setakat laporan ini ditulis, masih tidak ada sebarang kenyataan daripada pihak berkuasa mengenai insiden tersebut. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram