[VIDEO] Seorang melecur, 12 motor terbakar angkara letupan gas bocor di apartmen Cheras


  • 112
  • Jumaat, 06 Okt 2023

Keadaan rumah di Apartmen Desa Tun Razak, Kuala Lumpur yang terbakar pada Khamis malam.

SEORANG individu melecur, manakala 12 motosikal rosak dalam kejadian kebakaran sebuah rumah di Apartmen Desa Tun Razak, Kuala Lumpur pada Khamis malam.

Kebakaran itu dipercayai akibat kebocoran gas sehingga berlaku letupan.

Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kuala Lumpur berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada pukul 10.59 malam Khamis.

WhatsApp Image 2023-10-06 at 11.33.51

Kejadian kebakaran sebuah rumah di Apartmen Desa Tun Razak, Kuala Lumpur pada Khamis malam.

Menurut Komander Operasi Kanan, Norasmah Alias, seramai 16 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sungai Besi dan BBP Bandar Tun Razak dikejarkan ke lokasi kejadian.

"Sebaik tiba di lokasi kejadian, kami dimaklumkan terdapat kebakaran di sebuah rumah tingkat 10 Blok 4 apartment berkenaan dipercayai berpunca akibat kebocoran gas yang menyebabkan berlaku letupan.

"Letupan terbabit turut melibatkan dua rumah yang terletak berhampiran dan terdapat seorang mangsa lelaki berusia 32 tahun melecur 30 peratus," katanya dalam kenyataan pada Jumaat.

Menurutnya, kejadian itu juga menyebabkan 12 motosikal rosak dihempap dinding rumah dalam letupan itu.

“Punca kebakaran masih dalam siasatan,” katanya. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram