[VIDEO] Ikut mangsa ke rumah sebelum cuba curi kereta, polis buru 4 suspek samun bersenjata di Subang Jaya


  • 112
  • Khamis, 12 Okt 2023

Tangkap layar kejadian samun membabitkan empat lelaki bersenjata di sebuah kediaman dekat Subang Jaya, Selangor.

EMPAT lelaki didakwa berperlakuan ganas apabila menyamun sebuah kawasan kediaman di Subang Jaya, Selangor kira-kira pukul 9.30 malam Rabu.

Hasil siasatan polis mendapati suspek terlebih dahulu mengekori mangsa ke rumahnya sebelum bertindak ganas dan cuba merampas kenderaan mangsa.

Rakaman kejadian memaparkan perbuatan si pelaku yang melarikan diri selepas ditentang oleh mangsa.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Wan Azlan Wan Mamat berkata, empat lelaki yang menaiki dua buah motosikal jenis Yamaha Y15 dan bersenjata sebilah parang telah cuba merampas kereta Toyota Camry milik mangsa.

"Bagaimanapun, suspek gagal selepas mangsa mula melawan.

"Jelasnya, mangsa mengalami luka di pipi akibat daripada pergelutan itu dan usaha mengesan suspek kini giat dijalankan dengan tersebut kes disiasat di bawah Seksyen 394 Kanun Keseksaan," katanya dalam kenyataan pada Khamis.

Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian diminta menghubungi Pegawai Penyiasat Inspektor Mohammad Faiz Naufal Zakarian di talian 019-485 8907. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram