Kucing 'kerah' bomba, Hazmat ekoran kes tumpahan bahan kimia di George Town


Seramai 16 anggota termasuk pasukan Hazmat daripada BBP Bayan Baru dikejarkan ke lokasi kejadian. - Bomba

MAKMAL Jabatan Sains Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Pulau Pinang Gelugor di Georger Town, Pulau Pinang terpaksa dikosongkan pada petang Selasa susulan berlaku tumpahan cecair kimia yang berpunca daripada seekor kucing.

Kucing itu dikatakan menyelinap ke dalam makmal dan menjatuhkan 10 botol mengandungi cecair kimia jenis sodium dehidrogen sebelum disedari pembantu makmal.

Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jalan Perak, Fauzian Izzuan Abdullah berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 4.48 petang dan menggerakkan 16 anggota termasuk Pasukan Khas Bahan Kimia Berbahaya (Hazmat) daripada BBP Bayan Baru ke lokasi kejadian.

WhatsApp Image 2023-10-10 at 11.20.05 PM (1)

Keadaan tumpahan cecair kimia yang dipercayai berpunca daripada seekor kucing dalam insiden tersebut. — Bomba

"Setibanya di tempat kejadian anggota dapati terdapat tumpahan bahan kimia jenis sodium dehidrogen kuantiti 10 botol dengan jumlah keseluruhan 500 milimeter telah pecah di dalam bilik makmal berkeluasan 10x10 kaki persegi.

"Kita mengambil tindakan awal dengan mengosongkan bangunan berkenaan bagi membolehkan pasukan Hazmat menjalankan kerja-kerja nyah cemar bahan kimia tersebut,” katanya dalam satu kenyataan.

Fauzian berkata, tiada mangsa terlibat dalam kejadian itu dan operasi tamat sepenuhnya pada pukul 6.47 petang. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram

bomba, kucing, bahan kimia, Hazmat



Lebih Pilihan