[VIDEO] Geng kayangan buang kucing depan kedai Pets Mart Kluang dikecam, pemilik luah rasa tak puas hati


  • Tular
  • Selasa, 19 Sep 2023

Rakaman CCTV menunjukkan detik-detik individu yang membuang kucing di Kluang, Johor.

TULAR aksi seorang perempuan keluar dari kereta Mercedes Benz untuk membuang seekor kucing kecil berwarna kelabu di Pets Mart Kluang, Johor.

Kejadian yang berjaya dirakam sebuah kamera litar tertutup (CCTV) dipercayai berlaku pada Selasa pukul 10.20 pagi.

Video itu dimuat naik menerusi Facebook oleh seorang pemilik kedai itu @ayuni, meluahkan rasa tidak selesanya dengan cara pelaku yang sesuka hati membuang kucing di hadapan kedai Pets Mart tersebut.

"Kalau rasa tidak mahu jaga, bagitahu pekerja kami, jangan buang macam itu sahaja.

"Awak kena ingat kedai kami banyak CCTV, dalam video kabur tapi ada lagi satu CCTV betul-betul nampak muka awak dengan nombor plat Mercedes awak itu.

"Cuba awak bayangkan awak buang kucing selepas itu kucing doakan rezeki awak sempit, kereta Mercedes awak kene tarik..ada fikir tak?," katanya.

WhatsApp Image 2023-09-19 at 7.16.18 PM (1)

Gambar seekor kucing yang dibuang di hadapan kedai Pets Mart Kluang, Johor.

Ayuni menegaskan agar pemilik kucing itu segera mengambil kucingnya kembali.

"Baik awak datang sebelum saya tularkan nombor kereta dan muka awak," katanya.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet turut kesal dengan tindakan pelaku yang sesuka hati membuang kucing di hadapan kedai orang.

"Kalau tak mahu pun janganlah suka-suka buang dia, bagi orang yang nak jaga. Ape punya manusialah macam ini tiada hati dan perasaan," tulis Muhd Fahmie.

"Kesian nyaa dia," kata Puteri Shazdreen. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram