'Dicucuk-cucuknya macam anak kucing,' ibu bawa lari anak ke swasta dakwa tak tahan layanan hospital kerajaan 


  • Tular
  • Rabu, 30 Ogos 2023

Seorang ibu mendakwa anaknya diberi layanan kasar oleh kakitangan di sebuah hospital kerajaan baru-baru ini. — Gambar Hiasan

AKIBAT tidak sanggup melihat anaknya dilayan dengan kasar, seorang ibu bertindak mengeluarkan anaknya dari sebuah hospital kerajaan dan memindahkannya ke hospital swasta baru-baru ini.

Perkara itu dikongsikan menerusi satu hantaran di Facebook, Norasyimah Yacob pada Rabu.

Katanya, kesihatan anak perempuannya bertambah baik selepas dia dimasukkan ke hospital swasta.

"Sayalah ibu yang bawa anak saya lari dari hospital hari ini. Dicucuk-cucuknya anak aku macam anak kucing.

"Anak aku dah tak bagi reaksi apa-apa. Alhamdulillah semua dah okay lepas bawa Hospital Pantai, doktor mandikan anak aku (dan) sumbat ubat (di) bontot," katanya.

WhatsApp Image 2023-08-30 at 09.42.20

Tangkap layar hantaran Norasyimah di Facebook mengenai keadaan anaknya pada Rabu.

Ujarnya, dia bagaimanapun tidak berniat untuk mempertikaikan cara kakitangan hospital kerajaan tersebut melayan anaknya.

Namun katanya, dia agak terkilan apabila mendapati pihak hospital tidak merawat kanak-kanak itu dengan sebaiknya.

"Aku tidak mahu mempertikaikan hospital kerajaan. Aku mohon maaf secara terbuka sebab melemparkan kata-kata kesat kepada kakitangan hospital.

"Dalam keadaan anak yang aku kandung dan jaga dari kecil. Orang tak ambil serius bila dia dah tak bermaya macam tak bernyawa dah. Aku tak boleh, jangan anak aku," ujarnya tanpa mendedahkan nama hospital berkenaan.

Wanita itu juga tidak menyatakan sakit yang dialami anaknya itu. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram