Jurulatih dodgeball terlibat kes gangguan seksual didakwa pada Jumaat


Kes tersebut sebelum ini didedahkan sendiri oleh Presiden Persatuan Dodgeball Malaysia, Datuk V Radhakrishnan yang memaklumkan mangsa merupakan murid sekolah rendah. — Gambar hiasan

SEORANG jurulatih dodgeball yang terlibat dalam kes gangguan seksual terhadap pelajarnya bakal didakwa pada Jumaat.

Lelaki terbabit akan dibawa ke mahkamah majistret Petaling Jaya, Selangor pada pukul 9 pagi dan didakwa di bawah Seksyen 509 Kanun Keseksaan (berniat menghina kehormatan wanita) dan Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017, kerana gangguan seksual fizikal pada seorang kanak-kanak.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid mengesahkan perkara itu ketika dihubungi.

Sebelum ini, kes tersebut didedahkan sendiri Presiden Persatuan Dodgeball Malaysia, Datuk V Radhakrishnan yang memaklumkan mangsa merupakan murid sekolah rendah.

Ujarnya, persatuan tersebut menerima aduan daripada Biro Kokurikulum Persatuan Ibu Bapa dan Guru sekolah terbabit.

Semenyara itu, Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh pada Julai memaklumkan siasatan sedang dijalankan oleh Kementerian Pendidikan. — The Star

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram