Polis berkas abang ipar mangsa rogol berkumpulan di Wangsa Maju 


  • 112
  • Selasa, 05 Sep 2023

Polis dipercayai masih dalam usaha mengesan baki empat suspek didakwa terlibat dalam kes berkenaan. — Gambar hiasan

POLIS berjaya menahan seorang suspek yang juga abang ipar kepada mangsa rogol berkumpulan yang membabitkan seorang wanita berusia 27 tahun di Wangsa Maju, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Difahamkan, lelaki terbabit ditahan pada pukul 11.30 malam Isnin.

Polis dipercayai masih dalam usaha mengesan baki empat suspek didakwa terlibat dalam kes berkenaan.

Penolong Pengarah Bahagian Siasatan Seksual, Wanita dan Kanak-Kanak (D11) Bukit Aman, Asisten Komisioner Siti Kamsiah Hassan ketika dihubungi mengesahkan mengenai penahanan itu.

Sebelum ini, Ketua Polis Daerah Wangsa Maju Superintenden Ashari Abu Samah berkata, mangsa yang merupakan seorang wanita tempatan membuat laporan pada 30 Ogos lalu menyatakan dia dirogol oleh lima lelaki di sebuah rumah di Wangsa Maju, Kuala Lumpur. — The Star/JUSTIN ZACK

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram