Abang ipar durjana, polis buru lima lelaki suspek kes rogol bergilir-gilir 


  • 112
  • Khamis, 31 Ogos 2023

MANGSA berusia 27 tahun dirogol ketika di sebuah rumah di Wangsa Maju dalam kejadian kira-kira pukul 3.30 pagi semalam. — Gambar hiasan

POLIS sedang memburu lima lelaki termasuk abang ipar kepada wanita yang menjadi mangsa rogol berkumpulan di Wangsa Maju, Kuala Lumpur pada Rabu.

Penolong Pengarah Bahagian Siasatan Seksual, Wanita dan Kanak-Kanak (D11) Bukit Aman, Asisten Komisioner Siti Kamsiah Hassan mengesahkan kes itu ketika dihubungi.

"Ya, ia adalah kes rogol. Kuala Lumpur (polis) sedang menyiasat perkara itu," katanya pada Khamis.

Menurut Berita Harian, mangsa berusia 27 tahun dirogol ketika di sebuah rumah di Wangsa Maju dalam kejadian kira-kira pukul 3.30 pagi Rabu.

Tambah laporan itu yang memetik sumber, sebelum kejadian, anak saudara mangsa difahamkan terlihat terdapat empat lelaki pulang ke rumah bersama abang iparnya.

Susulan daripada insiden itu, mangsa tampil membuat laporan polis di Balai Polis Wangsa Maju dan kes disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan. — The Star/JUSTIN ZACK

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram