
TULAR satu kejadian menyaksikan seorang pengemis wanita mengamuk di depan sebuah kedai makan dekat medan selera di Klang, Selangor.
Menerusi video dimuat naik di TikTok yang tular sejak Isnin itu, wanita terbabit yang memakai baju berwarna putih dan berseluar pendek itu dilihat duduk di salah sebuah meja di hadapan kedai terbabit.
Bagaimanapun, dia kemudiannya dilihat secara tiba-tiba bangun dan bertindak mencurah buang air minuman yang disediakan di dalam satu balang besi di salah satu meja berdekatan ke lantai.
Ketika insiden, beberapa orang pelanggan juga dilihat berada berdekatan untuk menikmati hidangan.
Difahamkan, wanita itu merupakan pengemis yang agak dikenali dalam kalangan masyarakat.
"Kedai makan dekat MPK Port Klang pun dia nak kacau orang minah ni, Asal jumpa orang je mintak RM2," ujar tulisan pada perkongsian video terbabit.
Selepas bertindak menumpahkan air tersebut, wanita tersebut kemudiannya dilihat berlari meninggalkan lokasi.
Punca sebenar kejadian tersebut bagaimanapun tidak dapati dipastikan.
Di ruangan komen, rata-rata daripada warganet berkongsikan pengalaman mereka berhadapan dengan pengemis terbabit yang didakwa sering meminta wang daripada mereka dengan cara yang agak agresif.
"Kalau tak bagi duit dia marah. Selalu jumpa dekat area Port Klang," tulis Yustina Wiharyati.
"Selalu minta duit. Suami cakap nak makan minum order dia bayar. Tapi dia boleh pula bebel dekat kita kata taknak makan minum, nak duit sahaja," kata Kynasyfara.
"Patut lama tak nampak kat Kuala Lumpur (KL). Dah pi sampai Klang rupanya, biasa selalu dekat KL minta rokok dan RM2. Bila tak bagi di maki hamunnya kita," ujar ASlamyuka.— Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram