[VIDEO] Hanya mampu lafaz Allahuakbar, 3 'bikers' cedera parah kemalangan di Kuala Klawang


  • Tular
  • Ahad, 01 Okt 2023

Tangkap layar video memaparkan keadaan penunggang motor berkuasa besar yang terlibat dalam kemalangan di Kuala Klawang pada Ahad.

SEKUMPULAN geng konvoi motor berkuasa besar terlibat dalam satu kemalangan di sebuah jalan yang terletak di Kuala Klawang, Negeri Sembilan pada Ahad.

Menerusi rakaman video yang dimuat naik di Twitter (X) menunjukkan seorang penunggang lelaki merangkak di atas jalan raya dengan motosikalnya terbabas ke bahu jalan.

Rakaman sama menunjukkan seorang lelaki terduduk di dalam longkang manakala seorang lagi terbaring dengan keadaan masih memakai topi keledar.

Impak daripada kemalangan yang berlaku, ketiga-tiga mangsa dilihat cedera dan dalam keadaan sedang menahan kesakitan.

Dalam video yang dikongsikan oleh @nanmanjoi8715 turut memaparkan keadaan motor-motor mangsa yang mengalami kerosakan akibat daripada kemalangan tersebut.

Berdasarkan rakaman berdurasi satu minit tersebut, hanya lafaz 'Allahuakbar' yang dapat didengar daripada salah seorang mangsa dan saksi yang merakam kejadian berkenaan.

Bagaimanapun, setakat berita ini ditulis, masih belum ada sebarang dikeluarkan pihak berkuasa berhubung kemalangan tersebut setakat ini. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram