SEORANG penunggang motosikal dipercayai cedera parah selepas terlibat dalam satu kemalangan yang melibatkan dua kenderaan baru-baru ini.
Dalam insiden kemalangan yang berlaku di Kemaman, Terengganu pada Isnin memaparkan sebuah kenderaan berwarna merah ingin keluar dari simpang menuju ke kiri sebelum dirempuh sebuah motosikal dari arah bertentangan.
Impak daripada pelanggaran tersebut menyebabkan penunggang motosikal berkenaan terpelanting lalu jatuh ke bahu jalan.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warga maya menyalahkan pemandu kereta tersebut yang dilihat teragak-agak untuk keluar dari simpang itu.
"Kenapa lembab sangat nak jalan? Tekan sahajalah minyak itu," kata @_eiiirene.
Sementara itu, seorang lagi pengguna Twitter (X) turut memberi reaksi yang sama selepas melihat video itu.
"Jangan biasakan bila kereta sana masuk simpang kita terus keluar simpang. Sebab penglihatan kita terhalang. Apa-apapun moga mangsa cepat sembuh," tulis @gujiwa.
Setakat berita ini ditulis, tidak diketahui keadaan sebenar mangsa dan belum ada sebarang kenyataan yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa atau mana-mana pihak yang terlibat dalam kemalangan itu. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram