
TULAR satu rakaman menunjukkan seorang individu dipercayai kurang siuman bertindak membuka mesin pengeluaran wang automatik (ATM) di sekitar Bukit Bintang, Kuala Lumpur baru-baru ini.
Kejadian itu dirakam orang ramai yang berada di premis berkenaan dan dimuat naik di laman X (Twitter) pada Khamis.
Namun apa yang menarik perhatian warga maya ialah bagaimana lelaki tersebut mempunyai kekuatan membuka mesin ATM berkenaan sedangkan umum mengetahui mesin itu mempunyai sistem keselamatan yang tinggi dan sukar dipecahkan.
Menerusi rakaman berdurasi 48 saat itu, selepas membuka mesin lelaki tersebut, lelaki yang hanya berseluar pendek itu dilihat mundar-mandir berseorangan di sekitar kawasan tersebut.
Malah, turut kelihatan barangan lain seperti tong sampah diterbalikkan dan menyebabkan sampah di dalamnya bersepah di luar.
Tindak-tanduk lelaki itu diperhatikan orang ramai yang berkumpul di luar premis berkenaan.
Melalui maklumat awal yang dikongsikan orang awam, lelaki itu dikatakan kurang waras dan sering membuat kacau di kawasan tersebut sehingga mengganggu ketenteraman awam.
"Dapat buka mesin ATM separuh jalan saja, lepas 12 tengah malam tertutup pintu. Tak waras kot," demikian kapsyen video tersebut.
Bagaimanapun, tarikh kejadian dan status lelaki berkenaan masih belum dapat dikenal pasti.
Setakat berita ini ditulis, masih belum ada sebarang kenyataan media yang dikeluarkan pihak berkuasa mahupun pihak bank berkenaan insiden itu. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram