[VIDEO] Lelaki disyaki kurang siuman kerap buat kacau cederakan warga emas di Tawau


  • Tular
  • Sabtu, 08 Jul 2023

Tangkap layar seorang lelaki dipercayai kurang siuman menendang kereta orang awam di Tawau baru-baru ini.

VIDEO seorang lelaki didakwa kurang siuman dipercayai memukul warga emas dan merosakkan sebuah kenderaan di luar premis sebuah bank di Tawau, Sabah mengundang reaksi pelbagai pihak di media sosial baru-baru ini.

Menerusi video dimuat naik seorang wanita di TikTok rzhcdrc_ turut menjadi bualan hangat masyarakat tempatan kerana lelaki berkenaan sudah beberapa kali mengganggu orang awam di kawasan tersebut.

"Mohon pihak berwajib ambil tindakan terhadap semua orang gila di Tawau ini. Sampai tahap mencederakan orang awam.

"Sudah tak kelakar dah, kesian mak cik yang ditumbuk di tepi bank itu," katanya.

Dalam video berdurasi 14 saat itu memaparkan seorang lelaki menendang sesuatu di tepi kereta wanita berkenaan selepas memukul warga emas tersebut.

Menyedari tindakannya dirakam wanita terbabit, dia terus beredar daripada tempat kejadian.

Menurut wanita tersebut, lelaki kurang siuman tersebut menendang pintu kenderaannya selepas dia menolak untuk memberikan wang.

Dia juga merakam video tersebut untuk dijadikan bukti atas faktor keselamatan.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warga maya turut menggesa pihak berkuasa tempatan untuk mengambil tindakan tegas lelaki tersebut.

"Tolong ambil tindakan segera, keadaan seperti ini sangat bahaya. Saya pun kena juga di bank tempoh hari," kata JWEKEEEHEEYYYYY.

Pemilik akaun Alexis pula menyatakan pandangannya bahawa ketika ini di Tawau sudah ramai orang gila yang datangnya entah dari mana.

"Sekarang di Tawau ramai orang gila, tidak tahu dari mana datang. Sepatutnya hantar mereka ke tempat yang sepatutnya," katanya. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram