[VIDEO] Pak Arab berjubah bikin kecoh, bersiul sambil menyanyi siap keluar badan ikut tingkap kereta di Bukit Bintang


  • Tular
  • Selasa, 26 Sep 2023

Tangkap layar sekumpulan lelaki dipercayai warga negara Arab Saudi mencetuskan kekecohan di Bukit Bintang.

SEKUMPULAN lelaki dipercayai warga negara Arab Saudi menimbulkan kekecohan apabila dirakam menyanyi sambil mengeluarkan separuh badannya melalui tingkap kereta di Bukit Bintang, Kuala Lumpur pada Isnin.

Meskipun laluan agak sesak, individu berjubah itu tidak menghiraukan pandangan orang sekeliling dan terus berhibur dalam bahasa pertuturan mereka.

Dalam pada itu, kedua-dua buah kenderaan itu dilihat turut memaparkan bendera negara terbabit di bahagian bonet kereta.

Dikongsikan di laman media, rakaman berdurasi 29 saat itu tular dan hangat diperkatakan warganet.

Segelintir pihak beranggapan bahawa golongan terbabit sudah melampaui batas apabila tidak menghormati budaya dan peraturan di negara ini.

Jelas salah seorang lelaki dikenali sebagai Shazli Baharudin, dia menggesa agar kesemuanya ditangkap kerana memandu secara berbahaya apabila mengeluarkan separuh badan melalui tingkap.

"Kalau kita sebagai rakyat tempatan yang buat mesti dah ditahan dan disaman, kenapa warga asing berani buat di negara kita, ini dah dikira menyalahi undang-undang," katanya.

"Mohon polis siasat dan ambil tindakan segera, mereka buat macam di negara sendiri siap tampal bendera Arab Saudi, apa motif mereka," ujar Amar Haikal.

"Pak Arab dah semakin melampau, memang tak ada rasa hormat pada negara kita kalau tidak takkan mereka sakan berhibur macam itu, pakai kereta jenama mewah," tambah Fahmi776.

Untuk rekod, perbuatan mengeluarkan separuh badan di tingkap penumpang ketika kenderaan sedang bergerak boleh disiasat mengikut Seksyen 336 Kanun Keseksaan dan jika disabitkan kesalahan boleh dihukum penjara selama tiga bulan atau denda maksimum RM500 atau kedua-duanya.

Belum ada sebarang kenyataan polis berhubung insiden itu setakat ini dan orang ramai yang mempunyai maklumat diminta tampil ke balai berhampiran untuk membuat laporan. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram