SEORANG lelaki dipercayai hilang sejak empat hari lalu kerana tidak pulang ke rumah selepas mencari buah di sebuah hutan di Kampung Lubok Darat, Kota Kinabalu, Sabah.
Lahanirsin Lahamino, 33, dipercayai telah pergi ke hutan di kampung tersebut pada 18 September (Isnin).
Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah dilaporkan berkata, mangsa pada mulanya dikatakan keluar ke hutan untuk mencari buah tetapi tidak kembali ke rumah sehingga hari Khamis.
“Panggilan kecemasan berhubung kejadian diterima pada pukul 1 tengah hari sebelum sepasukan bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sipitang bersama jentera dan Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) digerakkan ke tempat kejadian.
"Pasukan bomba kemudian bertindak mendapatkan maklumat mangsa dan seterusnya memulakan operasi mencari dan menyelamat (SAR) sekitar kawasan kampung.
"Sehingga pukul 5.30 petang pada Rabu, mangsa belum ditemukan dan operasi ditangguh dan disambungkan pagi ini,” katanya.
Menurutnya, operasi SAR turut disertai oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan penduduk kampung.
"Maklumat akan dikemas kini dari semasa ke semasa," katanya. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram