[VIDEO] Sekeluarga trauma, Myvi terbalik langgar bangkai lembu tengah jalan di Rompin


  • Tular
  • Rabu, 20 Sep 2023

Keadaan kereta mangsa selepas terbalik akibat terlanggar bangkai lembu yang berada di atas jalan di Rompin, Pahang.

SEPASANG suami isteri dan anak trauma selepas terlibat dalam kemalangan yang dipercayai berlaku di Jalan Muadzam, Rompin, Pahang.

Menerusi video 'dashcam' yang dimuat naik di Facebook info.semasa, kereta jenis Perodua Myvi tersebut terbalik selepas dipercayai melanggar bangkai lembu yang berada di tengah jalan raya dalam kejadian kemalangan pada waktu malam itu.

Dalam pada itu, menerusi komen yang ditinggalkan di saluran Telegram oleh ahli keluarga dipercayai adik ipar mangsa menyebut bahawa keadaan mangsa tidak serius dengan mereka dilaporkan mengalami kecederaan serius, hanya sakit pada badan dan trauma.

Buat masa ini, masa kejadian tidak dapat dikenal pasti dan masih belum ada kenyataan rasmi daripada pihak berkuasa tentang kejadian berkenaan.

Sementara itu, beberapa warga maya turut meninggalkan komen berkenaan kejadian yang berlaku.

Ada yang mendakwa, kemungkinan objek di atas jalan raya itu bukanlah bangkai sebaliknya lembu yang masih hidup.

"Rasanya itu bukan bangkai lembu. Saya yang pelihara lembu ini apabila tengok balik video itu nampak macam lembu sedang baring atau duduk di atas jalan raya.

"Selalunya waktu malam, lembu-lembu akan keluar ke jalan raya. Berdasarkan pengalaman lalu di Machap, Melaka. Haba tar yang haiwan itu nak," dakwa salah seorang pengguna Telegram. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram