[VIDEO] Bayi cedera, lori tangki minyak sondol belakang Proton Wira di Pendang


  • Tular
  • Selasa, 19 Sep 2023

Tangkap layar video yang memaparkan keadaan kereta selepas dilanggar oleh sebuah lori tangki di simpang tiga di Air Putih, Pendang pada Selasa.

SEORANG bayi dipercayai cedera terkena serpihan kaca cermin dalam kemalangan membabitkan sebuah lori tangki minyak dan kereta di simpang tiga di Air Puteh, Tempoyak, Batu Menunggul, Pendang, Kedah pada Selasa.

Menerusi video yang dimuat naik di Facebook oleh orang awam, mangsa yang terbabit termasuk seorang bayi mengalami kecedaraan dan luka.

Kejadian dipercayai berlaku apabila sebuah lori tangki minyak itu melanggar belakang kereta jenis Proton Wira yang ketika itu sedang memasuki simpang tersebut.

Selain itu, salah seorang pengguna Facebook, Nurfarah Daus mendakwa, mangsa dalam perjalanan pulang ke rumah ketika kejadian berlaku.

Kejadian tersebut juga difahamkan berpunca daripada lori yang membawa muatan lebih menyebabkan brek gagal berfungsi.

Bagaimanapun, punca sebenar kejadian belum dikenal pasti dan tiada sebarang kenyataan yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa mengenai kejadian tersebut setakat ini.

Sementara itu, beberapa warganet turut memberikan reaksi dan maklum balas kepada perkongsian tersebut.

"Memang bahaya simpang di sini, semoga dipermudahkan.

"Bayi terkena serpihan cermin rasanya," antara komen warga maya lain. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram