'Tak dapat kondo, baucar AEON RM25,000 pun jadi', pemenang mingguan pendam harapan lebih besar


  • Bizz
  • Rabu, 20 Sep 2023

Majoriti melancarkan Kempen Langgan dan Menang dengan pelbagai hadiah menarik buat pembacanya dengan nilai keseluruhan berjumlah RM5 juta.

TERUJA dengan hadiah mingguan yang dimenangi, Siti Noorfarawahidatun Binti Lela, 39, kini menaruh harapan yang lebih besar untuk memenangi hadiah utama kempen Langgan dan Menang Majoriti.

Siti merupakan salah seorang daripada 11 pemenang minggu keempat kempen Langgan dan Menang Majoriti.

Dia yang membawa pulang minyak wangi Nina Ricci Nina Rose EDT 80ml berkongsi perasaan gembiranya selepas mengetahui kemenangan diraih dengan hanya melakukan langkah mudah untuk menyertai kempen tersebut.

WhatsApp Image 2023-09-17 at 3.33.52 PM

Siti (kanan) meluahkan rasa terharu dipilih jadi pemenang mingguan Kempen Langgan dan Menang Majoriti.

"Alhamdulillah, tidak sangka ada rezeki menang hadiah mingguan.

"Saya sangat berminat dan tertarik dengan hadiah yang ditawarkan dengan langkah yang sangat mudah iaitu hanya dengan melanggan RM30," katanya.

Siti berkata, dengan memperoleh dorongan dan doa daripada suaminya, dia berharap hadiah utama mampu menjadi miliknya sekeluarga.

"Bila menang hadiah mingguan, suami sangat gembira dan doakan supaya ada peluang hadiah utama untuk kami menang," katanya.

Siti turut berkata, suaminya juga bakal turut serta dalam kempen Langgan dan Menang Majoriti supaya peluang mereka sekeluarga semakin besar untuk memenangi hadiah utama.

"Harapan saya untuk menang hadiah utama kondominium, tetapi kalau tidak dapat, baucar AEON RM 25,000 juga saya impikan, semoga ada rezeki," katanya.

Dia turut mengajak rakan-rakannya dan ahli keluarga yang lain untuk turut serta dalam peraduan ini.

Kempen Langgan dan Menang yang diadakan sempena ulang tahun kedua Majoriti menawarkan pelbagai hadiah menarik buat pembaca dengan nilai keseluruhan berjumlah RM5 juta.

Antara hadiah lumayan yang ditawarkan meliputi hadiah utama adalah sebuah kondominium LEA by the Hills di Taman Melawati, Selangor tajaan OSK Property Holdings Bhd (OSK Property) bernilai RM602,800; baucar e-hadiah Aeon Co (M) Bhd (Aeon) mencecah RM50,000; kerusi urut OGAWA VPresto bernilai RM39,998 dan baucar makanan serta minuman eksklusif.

Selain itu, terdapat hadiah lain antaranya pakej pelancongan ke Taiwan bernilai RM10,000 dan tidak terhenti di situ, bagi setiap langganan berjaya, anda akan menerima ganjaran serta-merta; baucar Starbucks bernilai RM10 dan baucar Chef Wan Group of Restaurants bernilai RM30.

Jangan risau! Bagi pembaca yang baharu melanggan atau sedia ada, anda juga berpeluang memenangi hadiah mingguan sepanjang 18 minggu kempen ini dijalankan.

Kempen ini turut disokong oleh beberapa rakan kerjasama utama antaranya OSK Property, Aeon, Ogawa Malaysia, Berjaya Starbucks Coffee Sdn Bhd dan Chef Wan Group of Restaurants.

Jadi apa tunggu lagi, jom langgan dan untuk maklumat lanjut sila kunjungi kempen Langgan dan Menang Majoriti.— Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram