[VIDEO] Pelumba F1 selisih maut, jentera berpusing sebelum rempuh dinding di GP Singapura


  • Sukan
  • Isnin, 18 Sep 2023

Lance Stroll berjaya keluar daripada jenteranya selepas terlibat dalam kemalangan di peringkat kelayakan Grand Prix Singapura pada Sabtu.

PELUMBA Formula Satu (F1), Lance Stroll berdepan detik cemas apabila terlibat dalam kemalangan di peringkat kelayakan Grand Prix Singapura pada Sabtu.

Pemandu daripada Kanada itu dipercayai hilang kawalan sewaktu melepasi selekoh akhir, sekali gus menyebabkan jentera F1 dipandunya merempuh dinding dengan kelajuan tinggi.

Perlanggaran itu merobek sepenuhnya roda kiri hadapan sehingga kenderaan terbabit berhenti di tengah-tengah trek.

Bagaimanapun, pemandu berkenaan dilihat masih mampu keluar dari jenteranya walaupun impak perlanggaran itu agak kuat.

Sementara itu, Aston Martin pada Ahad mengumumkan bahawa Stroll akan terlepas peringkat kelayakan Grand Prix di Singapura selepas mengalami kemalangan teruk tersebut.

Selain masih berasakan kesan sakit akibat nahas itu, pasukan tersebut juga bakal mengambil masa agak lama untuk membaiki jentera tersebut.

Menurut ketua pasukan, Mike Krack, seluruh pasukan berasa lega kerana Stroll dapat melangkah keluar dalam keadaan selamat selepas kemalangan terbabit.

“Keutamaan kami sekarang ialah dia (Stroll) pulih sepenuhnya dengan cepat.

“Jadi kami sama-sama putuskan bahawa dia akan direhatkan daripada perlumbaan petang ini dan sebaliknya memberi tumpuan sepenuhnya untuk kembali ke kokpit dalam Grand Prix Jepun pada hujung minggu depan," katanya. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram