[VIDEO] Awal pagi buat kerja, 2 lelaki guna plat Perak disyaki curi 'spare part' di Terengganu


  • Tular
  • Ahad, 17 Sep 2023

Dua orang suspek yang disyaki mencuri komponen kereta di sebuah kedai menjual aksesori kereta di Terengganu.

DUA orang lelaki disyaki mencuri beberapa komponen kereta di sebuah kedai menjual aksesori yang terletak di Gong Badak, Terengganu pada awal pagi Ahad.

Menerusi satu hantaran yang dimuat naik oleh pengguna Facebook, kejadian yang membabitkan dua orang lelaki berjaya dirakam oleh kamera tertutup (CCTV) yang terdapat di kedai tersebut yang menunjukkan waktu kejadian pukul 5.20 pagi.

"Awal pagi buat kerja, siapa mengenali minta dia datang ke sini selesaikan sebelum laporan polis dibuat.

"Nombor plat kereta dan muka yang jelas ada dalam simpanan. Pakat-pakat kongsi," tulis pengguna akaun Facebook, Abe Yuk.

Menurut Abe Yuk, laporan polis masih belum dilakukan kerana mahu menyelesaikan perkara itu dengan cara baik.

msg1050426791-16640

Nombor plat kereta suspek yang berjaya dirakam oleh CCTV ketika kejadian berlaku di kedai berkenaan.

Dalam pada itu, pengguna Facebook yang bernama Wan Wan turut memuat naik hantaran berkenaan satu lagi kejadian membabitkan dua suspek yang sama.

Kejadian kedua itu dipercayai dilakukan oleh orang yang sama di mana mereka telah mencuri beberapa tayar terpakai di sebuah kedai menjual tayar hadapan stadium Gong Badak pukul 6.43 pagi pada Ahad.

msg1050426791-16649

Tangkap layar CCTV yang memaparkan dua suspek yang sama mencuri tayar terpakai.

"Pakat-pakat sebar, dua orang mencuri tayar terpakai milik kedai dan menaiki kereta Proton Iriz, AMT 5680.

"Sebelum itu, CCTV kedai aksesori kereta di Gong Badak juga ada kejadian yang sama oleh orang sama dan kereta sama," tulisnya.

Sementara itu, beberapa warganet yang lain turut mebantu mendapatkan maklumat bagi menjejaki suspek berkenaan.

"Kalau kawan abang ada yang kerja Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), sekejap sahaja dia dapat kesan nombor plat dan jumpa terus alamat," komen pengguna akaun Abe Camping Channel. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram