[VIDEO] Buat kerja tak 'clean', CCTV rakam aksi ejen TSA 'kantoi' curi wang dalam beg penumpang


  • Benua
  • Jumaat, 15 Sep 2023

Gonzalez (kiri) dan Williams merupakan antara 3 ejen TSA yang disyaki mencuri wang daripada bagasi penumpang di Lapangan Terbang Antarabangsa Miami.

SEBUAH rakaman tular menunjukkan dua orang ejen Pentadbiran Keselamatan Pengangkutan (TSA), Labarrius Williams, 33, dan Josue Gonzalez, 20, bekerjasama untuk mencuri wang daripada beg penumpang di pusat pemeriksaan keselamatan E di Lapangan Terbang Antarabangsa Miami, Amerika Syarikat.

Video yang tular di Twitter itu sebenarnya berlaku pada 29 Jun lepas sebelum didedahkan oleh pejabat Peguam Negara Daerah Miami-Dade dengan menunjukkan Williams melakukan kegiatan mencuri dengan meletakkan bagasi di bakul yang tersedia sementara Gonzalez menyeluk tangannya ke dalam bagasi berkenaan.

Gonzalez kemudian dilihat menggenggam sesuatu di tangannya sambil sebelah lagi tangannya mengalihkan bagasi ke hadapan dengan segera.

WhatsApp Image 2023-09-15 at 2.27.48 PM

Kecurian itu berlaku di salah satu lapangan terbang paling sibuk di negara itu, Lapangan Terbang Antarabangsa Miami. — Agensi

Gonzalez kemudian dilihat menggenggam sesuatu di tangannya sambil sebelah lagi tangannya mengalihkan bagasi ke hadapan dengan segera.

Dia turut dilihat menyimpan barang yang diambil daripada bagasi itu ke dalam poketnya sambil meneruskan ke bagasi penumpang yang lain.

Mereka memulakan kegiatan mencuri dengan memasukkan tangan ke bahagian yang besar, kemudian membuka zip beg yang lebih kecil untuk mengambil dompet sambil menggerakkan bakul bagasi ke barisan seterusnya.

Mereka seolah-olah memeriksa beg dengan tangan sehingga objek itu bergerak masuk ke bahagian mesin x-ray.

WhatsApp Image 2023-09-15 at 1.03.34 PM

Gonzalez (kiri) dan Williams (kanan) ditahan kerana mencuri duit daripada dompet penumpang pada 29 Jun.

Pada 6 Julai, Williams, Gonzalez dan ejen TSA ketiga, Elizabeth Fuster telah ditangkap kerana didakwa mengeluarkan AS$600 (RM2809.80) daripada dompet penumpang semasa mereka melalui keselamatan.

Afidavit penangkapan mengatakan, Gonzalez dan Fuster mengetepikan hak mereka pada masa penangkapan dan memberikan pengakuan bertulis. Williams pula bagaimanapun enggan memberi sebarang kenyataan.

Bagaimanapun, ketika menjalani perbicaraan mahkamah, tuduhan terhadap Fuster telah digugurkan, menurut portal berita NBC Miami.

Agensi itu melaporkan bahawa Gonzalez telah diterima masuk ke dalam program negeri yang menyebabkan pertuduhannya terhadap kes tersebut akan digugurkan jika berjaya menjalani program itu sehingga habis.

Program negeri yang akan diikuti itu antara lain mengkehendaki Gonzalez melucutkan kelayakannya sebagai ejen keselamatan lapangan terbang, membayar AS$700 (RM3278.10) kepada dua mangsa, dan melakukan perkhidmatan masyarakat selama 25 jam.

Williams pula akan dibicarakan di mahkamah selepas menerima penolakan daripada program yang sama. Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram