[VIDEO] 'Berdesup dia pergi', 2 suspek senyap-senyap buka pagar rembat Ysuku di Gombak


  • Tular
  • Khamis, 14 Sep 2023

Tangkap layar kejadian dua individu dipercayai mencuri motosikal di kawasan perumahan sekitar Taman Perwira Gombak, Selangor pada Rabu.

KELAKUAN dua individu melakukan jenayah curi motosikal pada Rabu berjaya dirakam kamera litar tertutup (CCTV).

Rakaman CCTV tersebut dimuat naik di laman Facebook pada Khamis.

Menerusi video berdurasi 20 saat itu, dua orang pencuri lelaki dilihat melarikan sebuah motosikal jenis Yamaha Y15ZR dalam kejadian kira-kira pukul 5 pagi di kawasan perumahan sekitar Taman Perwira Gombak Setia, Gombak, Selangor.

"Satu lagi kes kecurian motosikal berlaku awal pagi semalam (Rabu), kali ini di Taman Perwira Gombak Setia.

"Sebuah motosikal Y15ZR (plat VKN 3196) berjaya dibawa lari oleh dua orang suspek. Bagi sesiapa ada info, sila laporkan ke balai polis atau hubungi 017-3205464," demikian menurut hantaran di Facebook tersebut.

Sehubungan itu, penduduk Gombak dinasihatkan untuk sentiasa berhati-hati dan berwaspada dengan sindiket curi kenderaan di kawasan perumahan tersebut.

"Jika mampu, pastikan ada perlindungan tambahan untuk kenderaan masing-masing," ujarnya.

Bagaimanapun, setakat berita ini ditulis, masih belum ada sebarang kenyataan media yang dikeluarkan pihak berkuasa berhubung kes tersebut. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram