Sekadar cuba nasib, akauntan tak sangka dapat hadiah lumayan melalui Kempen Langgan & Menang minggu ke-3


  • Bizz
  • Selasa, 12 Sep 2023

Antara pemenang lumayan kempen Langgan dan Menang yang menawarkan langganan tahunan ekslusif sebanyak RM30 sahaja.

NIAT yang asalnya hanya sekadar mencuba nasib akhirnya mendatangkan tuah kepada pemenang kempen Langgan dan Menang Majoriti bagi minggu yang ketiga.

Tan Sze Kai, 36 tahun yang memenangi beg bagasi American Tourister Ellen Spinner 68/25 TSA sempat meluahkan keterujaannya selepas diumumkan sebagai pemenang.

"Macam biasa, saya nak cuba nasib tapi tahu-tahu menang pula, jadi memang sangat gembira dan cukup teruja," katanya.

msg1050426791-16507

Tan Sze Kai, pemenang kempen Langgan dan Menang Majoriti minggu ke-3.

Bukan itu sahaja, Sze Kai yang merupakan seorang akauntan menyatakan dia sangat tertarik dengan kandungan berita yang dimuat naik oleh Majoriti.

"Saya lebih suka baca bahagian hiburan dan inspirasi," tambahnya lagi.

Lebih menarik, Sze Kai menyertai kempen Langgan & Menang Majoriti adalah atas kemahuannya sendiri kerana tertarik dengan pelbagai hadiah menarik dan lumayan yang ditawarkan.

Pengguna setia jenama Starbucks itu turut berkongsi proses awal menyertai kempen tersebut.

"Saya tahu kempen ini dari aplikasi Starbucks dan pernah lihat ketika pergi ke cawangan Starbucks di One Utama, Petaling Jaya," ceritanya.

Seringkali menyertai peraduan seumpama kempen ini, Sze Kai sempat memberikan pendapatnya tentang kekuatan portal dalam talian sebagai rujukan pembaca.

"Portal ini sangat menarik untuk pembaca muda yang suka membaca dengan menggunakan medium elektronik seperti tablet dan telefon bimbit.

"Tetapi untuk golongan warga emas, bukan semua tahu menggunakan internet dan melayari portal sebagai rujukan mereka," katanya lagi.

Selain itu, kempen Langgan dan Menang Majoriti juga menawarkan pelbagai hadiah lumayan termasuk kondominium LEA by the Hills di Taman Melawati, Selangor tajaan OSK Property Holdings Bhd (OSK Property) bernilai RM602,800; baucar e-hadiah Aeon Co (M) Bhd (Aeon) mencecah RM50,000; Kerusi urut OGAWA VPresto bernilai RM39,998 dan baucar makanan serta minuman eksklusif.

Kempen yang bermula dari 17 Ogos hingga 20 Disember 2023 ini hanya menawarkan harga sebanyak RM30 sahaja untuk langganan eksklusif setahun. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram