[VIDEO] Tidak cukup dilanggar motosikal, anjing tak berdosa diseksa 2 lelaki durjana sampai mati di Kepala Batas


  • Tular
  • Ahad, 09 Jul 2023

Tangkap layar video memaparkan dua lelaki dipercayai memukul anjing menggunakan batang kayu di Jalan Kampung, Kepala Batas, Pulau Pinang pada Sabtu.

DUA orang lelaki tergamak memukul seekor anjing selepas dilanggar motosikal di Jalan Kampung, Kepala Batas, Pulau Pinang pada Sabtu.

Video kejadian yang berlaku pada pukul 8.38 malam itu dimuat naik menerusi satu ciapan di akaun Twitter milik @syhmiee memaparkan dua lelaki terbabit bertindak memukul anjing tersebut menggunakan batang kayu.

Menerusi ciapan tersebut, difahamkan anjing tersebut dilanggar motosikal berkenaan ketika ia melintas jalan di kawasan tersebut yang agak gelap dan suram.

"Mungkin kaki anjing itu patah dan ia lari menyorok dalam longkang.

"Mereka cari anjing itu sampai dapat dan pukul sampai mati. Kejam betul," ciapnya pada Sabtu.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet kecewa dengan tindakan kejam dua individu terbabit yang menyeksa haiwan tidak berdosa itu, selain meminta mereka diambil tindakan sewajarnya kerana berlaku kejam terhadap binatang tersebut.

"Tiada perasaan kasihan langsung. Apa salah anjing itu? Curi beras kamukah? Gotong-royong lagi mahu bunuh (anjing itu)," ciap @olgaandyd.

"Mohon sesiapa yang jadi saksi buat laporan polis semoga si pelaku ini semua diangkut (ditangkap), didakwa dan merempat dalam penjara," ciap @____ExSolja____.

Setakat ini berita ini ditulis, masih belum ada sebarang kenyataan daripada polis berhubung insiden terbabit. Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram