Exco 'pecah rahsia' Terengganu pecah monopoli kartel beras


  • Massa
  • Jumaat, 08 Sep 2023

Terengganu menghasilkan beras tempatan 100 peratus milik Melayu Islam jenama 'Beras Ganu'.

TERENGGANU menjadi negeri pertama yang menghasilkan beras tempatan 100 peratus milik Melayu Islam keluaran Sijil Amalan Pertanian Baik Malaysia, MyGAP menerusi jenama 'Beras Ganu'.

Exco Pertanian, Industri Asas Tani, Keterjaminan Makanan dan Komoditi negeri, Dr Azman Ibrahim berkata, kerajaan Terengganu memecahkan monopoli kartel beras apabila sawah padi di negeri terbabit dimiliki Melayu Islam sebanyak 100 peratus.

"Dari 12,000 hektar keluasan, 500 hektar adalah sawah padi yang mempunyai Sijil Amalan Pertanian Baik Malaysia, MyGAP.

"Padi MyGAP yang dituai diproses di Kilang Padi Konsortium LPP Baruh Masin Jabi, juga milik Melayu Islam," ciapnya di laman Twitter.

ganuu

Beras Ganu merupakan jenama keluaran Terengganu milik 100 peratus Melayu Islam.

Dalam pada itu, Azman berkata, beras MyGAP dengan jenama Beras Ganu dibungkus oleh Terengganu Agrotech Development Corporation Sdn Bhd (TADC) yang merupakan anak syarikat kerajaan negeri.

"Beras MyGAP dengan jenama Beras Ganu dibungkus oleh TADC sebuah anak syarikat Kerajaan Negeri Terengganu di Kilang Pembungkusan Beras TADC Kampung Telaga Papan Setiu.

"Beras Ganu diedarkan oleh Ameen Hallmart Kampung Losong Kuala Terengganu, Terengganu sebuah pasar raya milik Melayu Islam.

"Dah jadi Beras Ganu, silakan siapa-siapa pun nak beli. Ini satu-satunya jenama beras 100 peratus tempatan dalam negara yang mempunyai persijilan MyGAP yang telah diuji selamat dari segi kualiti dan biosekuriti," katanya.

Dalam satu viedo tular di laman media memaparkan 'Beras Ganu' mendapat sambutan hangat dalam kalangan pembeli di sekitar Terengganu.

Sementara itu, menerusi laporan media, Azman juga merancang untuk mengedarkan beras tempatan keluaran Terengganu ke negeri lain untuk memenuhi keperluan.

Namun, ia masih di peringkat awal dan setakat ini jualan jenama terbabit hanya akan bermula di Terengganu. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram