[VIDEO] Akibat mengantuk, 2 pelajar maut Myvi hancur kena sodok treler dekat Tangkak


  • Tular
  • Rabu, 06 Sep 2023

Tangkap layar video tular mengenai insiden yang berlaku pada pagi Rabu.

SATU kemalangan maut dilaporkan berlaku membabitkan sebuah kenderaan jenis Perodua Myvi bersama satu treler membawa muatan dekat Sagil, Tangkak, Johor pada pagi Rabu.

Berdasarkan video tular insiden tersebut, kereta Myvi berwarna oren itu dilihat remuk akibat kejadian berkenaan.

Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah Tangkak, Superintendan Roslan Mohd Talib dilaporkan berkata, pihaknya menerima laporan berkaitan insiden kira-kira pada pukul 7.20 pagi Rabu.

Katanya, kedua-dua mangsa yang menaiki kenderaan terbabit disahkan maut di tempat kejadian merupakan pelajar masing-masing berusia 24 serta 25 tahun yang beralamat dari Labis, Johor.

Menurut Roslan, nahas difahamkan berlaku apabila kereta jenis Perodua Myvi dinaiki kedua-dua mangsa termasuk ke laluan bertentangan dipercayai akibat pemandunya mengantuk sebelum bertembung dengan lori treler dari arah bertentangan.

Jelas beliau, siasatan dilakukan mendapati kemalangan berlaku di jalan lurus dua hala ketika keadaan cuaca baik dan pada waktu awal pagi.

Roslan berkata, pemandu lori treler yang terlibat tidak mengalami sebarang kecederaan dan kes disiasat mengikut seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan APJ 1987. Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram

kemalangan maut, Myvi, treler, tular, Sagil, Tangkak, Johor