[VIDEO] Siap bagi 'pickup line', 'Abang Bomba' gamatkan perarakan Hari Kebangsaan 2023


  • Massa
  • Khamis, 31 Ogos 2023

Tangkap layar perarakan masuk anggota bomba dari Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) bersempena sambutan Hari Kebangsaan di Dataran Putrajaya, Putrajaya.

PERARAKAN Hari Kebangsaan 2023 dsambut meriah dengan kehadiran skuad 'Abang Bomba' dari Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) di Dataran Putrajaya, Putrajaya pada Khamis.

Barisan kontinjen itu turut disertai unit K-9 yang terdiri daripada enam ekor anjing pengesan yang telah mengambil bahagian dalam pelbagai misi sebelum ini.

Paling mencuri perhatian apabila anggota bomba berkenaan mempamerkan otot dan gaya lenturan badan menarik yang sekali gus meraih sorakan serta tepukan gemuruh daripada pengunjung.

Anggota Bomba merupakan sebahagian daripada Kontinjen Kesejahteraan Perbarisan yang turut disertai Angkatan Pertahanan Awam dan Jabatan Kastam Diraja Malaysia.

Kira-kira 7,000 anggota beruniform termasuk Polis Diraja Malaysia dan Angkatan Tentera turut mengambil bahagian dalam perarakan tersebut. — The Star

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram