KECOH sebuah pesawat penerbangan apabila seorang wanita mengandung melahirkan bayinya ketika dalam penerbangan ke Myanmar pada Ahad lalu.
Insiden itu berlaku kira-kira 20 minit selepas pesawat berkenaan berlepas dari Tachileik ke Yangon, Myanmar.
Ketiadaan pakar perubatan ataupun doktor dalam pesawat telah menyebabkan kesukaran dihadapi wanita terbabit apabila sudah tidak mampu menahan kesakitannya.
Meskipun cuba ditenangkan orang ramai, situasi kian meruncing apabila individu tersebut menjerit yang sekali gus mengundang kekecohan ketika kejadian.
Namun, difahamkan bayi wanita itu selamat dilahirkan hasil bantuan orang ramai dan kru penerbangan tersebut.
Sebaik mendarat di Yangon, dia kemudiannya dihantar ke hospital untuk mendapatkan rawatan segera dan bayi tersebut difahamkan selamat tanpa sebarang komplikasi ataupun masalah kesihatan. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram